Penulis :Muhamad Hadi Alias
Syarikat & produk
Pengasas - Rushdi Abdullah
LATAR BELAKANG
PENGASAS
Rushdi Abdullah dilahirkan tanggal 14 Jun 1970 dan
telah dibesarkan di daerah Pasir Mas, Kelantan. Beliau telah berkahwin dan kini
memiliki 2 cahaya mata yang telah menjadi sumber inspirasi kejayaan beliau.
Beliau adalah salah seorang yang pernah menghadapi kesukaran demi kesukaran
tetapi akhirnya mencapai kejayaan gemilang menerusi syarikatnya Dunia Herbs
Sdn. Bhd. syarikat yang diasaskannya sendiri oleh beliau. Siapa sangka, seorang
yang pernah berniaga tudung dan kuih cakoi boleh merubah hidupnya dan membina
empayar bernilai berjuta-juta ringgit dan menyediakan peluang pekerjaan dan
perniagaan kepada orang lain.
Bagi Rushdi sendiri, bukanlah mudah untuk mencapai
tahap yang dinikmatinya kini. Banyak liku-liku kehidupan dan ranjau kehidupan
yang terpaksa diharunginya sebelum menempah kejayaan bersama Dunia Herbs. Pada
zaman kesukarannya, pelbagai bidang kerja yang diceburinya untuk menyara diri
dan keluarganya tetapi hasilnya amatlah tidak seberapa. Akhirnya, dalam keadaan
terdesak, beliau membelanjakan beberapa ratus ringgit untuk memulakan formulasi
kesihatan berasaskan herba. Dan beliau telah sedar bahawa masyarakat kini telah
ramai yang menghidapai obesiti atau masalah kegemukan yang melampau. Beliau
telah mendapat idea dari bahan semulajadi iaitu Halia, di mana Halia berfungsi
sebagai pembuang angin dan toksik dalam badan. Untuk menguji keberkesanan
produknya, beliau mempraktikkan pada diri sendiri dan mencuba produk ciptaannya
yang diberi nama Losyen Mustajab Pati Halia.
PRODUK
SYARIKAT
LATAR BELAKANG
DAN STRATEGI SYARIKAT
Dunia Herbs memulakan operasinya pada tanggal 06
September 2005. Ianya adalah sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh anak
bumiputera di mana syarikat ini sedang berkembang maju dalam memasarkan produk
kecantikkan dan kesihatan berkualiti yang berasaskan herba.
Syarikat ini mula menunjukkan potensinya sebagai
sebuah syarikat yang kian maju dan berdaya saing melalui prestasinya dalam
memasarkan produk perintis iaitu Losyen Mustajab Pati Halia yang telah pun
mendapat sambutan hangat dari pengguna di seluruh Malaysia. Dengan ini syarikat
Dunia Herbs Sales & Marketing akan terus melangkah bagi merealisasikan
matlamatnya untuk menjadi salah satu syarikat yang lebih berjaya dan gemilang
akan mencapai sasarannya dalam masa terdekat ini.
Produk Losyen Mustajab Pati Halia adalah
satu-satunya produk pertama keluaran syarikat Dunia Herbs yang mana ianya
menampakkan potensi sebagai produk yang laris di pasaran berdasarkan jualan
produk yang mencecah 100,000 unit sebulan. Perkembangan baik ini adalah yang di
antaranya hasil dari kerja-kerja pengiklanan yang tepat pada sasaran dan juga
iklan yang berterusan selain dari mutu dan keberkesanan produk itu sendiri.
Selain dari memasarkan produk ini dalam pasaran
domestik, pihak syarikat juga bercadang untuk mencari peluang memasarkan ianya
ke luar negara seperti negara-negara asia dan juga negara timur tengah
berdasarkan kesesuaian produk ini pada penduduk masyarakat setempat. Sejak
syarikat ini ditubuhkan, ia masih menumpukan pada kerja-kerja pengiklanan dan
menaik taraf produk dan pembungkusan hanya pada losyen mustajab pati halia ini
kerana syarikat melihat pada potensi besar produk ini dan mensasarkan lebih
banyak jualan pada tahun-tahun berikutnya. Dunia Herbs juga mempunyai rancangan
untuk memasarkan produk-produk baru mengikut kesesuaian pasaran lantas
mempelbagaikan lagi produk keluaran syarikat.
Pihak syarikat Dunia Herbs telah dan akan
berkerjasama dengan badan-badan tertentu seperti SIRIM, MATRADE, MTDC,
KEMENTERIAN KESIHATAN dan sebagainya bagi memastikan cita-cita syarikat
tercapai. Bimbingan dari pihak tersebut tadi adalah amat perlu memandangkan
syarikat Dunia Herbs sekarang masih baru dan memerlukan sokongan sepenuhnya
dari semua peringkat terutamanya dari jabatan-jabatan kerajaan.
SUMBANGAN
SYARIKAT
Yayasan bernama Yayasan Dunia Herbs telah ditubuhkan pada tahun 2012 dan
diasaskan sendiri oleh En. Rushdi Abdullah dan diuruskan oleh Lembaga Pemegang
Amanah, yang merupakan suatu pertubuhan kebajikan, kemasyarakatan dan
kemanusiaan.
Yayasan ini ditubuhkan atas dari keikhlasan dan
rasa tanggungjawab pengasasnya yang perihatin dan peka terhadap golongan yang
amat memerlukan bantuan seperti golongan miskin tegar, mangsa yang menghadapi
kesulitan bencana alam dan kesukaran kesan daripada peperangan, golongan yang
tertindas disamping memberikan perkhidmatan sosial khususnya kepada masyarakat
dan negara.
Merupakan langkah positif dalam tanggungjawab sosialnya untuk menangani masalah global bagi mewujudkan suasana aman dan harmoni dikalangan masyarakat dunia. Mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan kepada mereka yang memerlukan dengan mengadakan skim bantuan kepada orang-orang yang kurang bernasib baik seperti orang miskin, orang cacat dan lain-lain bantuan bencana alam. Mempertingkatkan penglibatan dan penyertaan golongan muda dalam pembangunan masyarakat dengan mengadakan latihan kemahiran di samping peluang perniagaan. Memberikan kesedaran tentang kepentingan keamanan dunia dan mewujudkan suasana keamanan melalui kempen, seminar dan akitiviti bagi menangani isu-isu keamanan di Malaysia dan seluruh dunia.
Merupakan langkah positif dalam tanggungjawab sosialnya untuk menangani masalah global bagi mewujudkan suasana aman dan harmoni dikalangan masyarakat dunia. Mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan kepada mereka yang memerlukan dengan mengadakan skim bantuan kepada orang-orang yang kurang bernasib baik seperti orang miskin, orang cacat dan lain-lain bantuan bencana alam. Mempertingkatkan penglibatan dan penyertaan golongan muda dalam pembangunan masyarakat dengan mengadakan latihan kemahiran di samping peluang perniagaan. Memberikan kesedaran tentang kepentingan keamanan dunia dan mewujudkan suasana keamanan melalui kempen, seminar dan akitiviti bagi menangani isu-isu keamanan di Malaysia dan seluruh dunia.
Rujukan:
No comments:
Post a Comment