Assalamualaikum w.b.t...
Pada 28/12/2014 telah berlangsungnya satu acara gilang gemilang yang mana para bakal-bakal usahawan yang berjaya (InsyaALLAH) telah membentangkan idea-idea mereka yang telah mereka adapatasi daripada apa yang telah dipelajari sepanjang semester. Pelbagai produk, servis yang telah ditawarkan TETAPI yang penting kesemuanya adalah idea -idea yang fresh dan sebilangannya belum pun ada di dalam pasaran lagi. Semua kumpulan bersungguh-sungguh berusaha bagi merebut Piala Pusingan dan juga trofi yang hanya di nobatkan kepada pemenang yang pertama.
Konsep perbentangan yang lain dari yang lain menyebabkan kami lebih bersemangat kerana penyarah telah menggunakan konsep karnival usahawan. Semua kumpulan telah membuka booth-booth dan para CEO dan seorang ahli kumpulan akan melawati setiap booth yang ada bagi mendengar penerangan setiap kumpulan.
Alhamdulillah SUPERB DESIGN telah mendapat tempat kedua bagi perbentangan ini. Walaupun agak terkilan kerana tidak dapat menang trofi dan piala pusingan tetapi kami tetap berpuas hati kerana semua ahli kumpulan telah berusaha bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik bagi memenangi acara ini. Dan yang paling penting, bukan sahaja kemenangan yang di cari, malah ilmu-ilmu yang telah dipelajari dapat digunakan sepenuhnya pada hari itu dan di harap pada masa-masa yang akan datang. Ape pun mari kita layang gambar-gambar sekitar pertandingan. zassss..
Peneraju Superb Design Technology Sdn Bhd
Poster Produk Superb Design
CMO dan COO Superb Design
Pebentangan Idea kepada CEO Syarikat lain
COO bersama CMO
COO bersama CFO
Company sebelah...hehehe
Ahli-Ahli Lembaga Pengarah bersama pensyarah
COO Bersama COO Iradat Sdn Bhd
Dengan berakhirnya perbentangan produk, maka dengan rasminya tamatlah sudah kelas Keushawanan IT bagi semester ini. Di harap apa yang telah dipelajari oleh semua rakan-rakan dapat diadaptasi di dalam kehidupan di masa kini dan yang akan datang.
Sekian, Wassalam