Faiza Bawumi Sayed Ahmad
(Syarikat Faiza Sdn. Bhd )
Penulis : Mohd Fauzi Bin Abdul Kadhir Suhaili
PENERANGAN
TENTANG PODUK
Syarikat Faiza telah ditubuhkan pada 1982
bersempena dengan nama pemilik syarikat iaitu Faiza Bawumi Sayed Ahmad.
Syarikat ini melakukan aktiviti peruncitan sebagai perniagaan terasnya. Pada
1992, Syarikat FAIZA secara rasmi ditubuhkan di bawah Syarikat FAIZA Sdn. Bhd.
(SFSB), dan menjalinkan modal usaha dengan Padiberas Nasional (BERNAS) pada
tahun 1997.
Pada awal tahun 90an, syarikat telah
mengambil peluang ke atas kepekaan masyarakat pada ketika itu kepada cara
pembuatan dan kandungan makanan. Syarikat mula memperkenalkan dengan sejenis
kategori beras berkualiti dari Kartanaka, India. Beras ini adalah jenis beras
“Ponni”. Setelah melihat pontensi beras “Ponni”, SFSB memperkenalkan beras
tersebut yang dipercayai baik untuk kesihatan, khususnya bagi penghidap
diabetes, obesiti dan darah tinggi. Hingga hari ini di bawah jenama Taj Mahal,
beras Faiza herba Ponni telah diedarkan seluruh Malaysia.
SFSB juga telah menghasilkan pengeluaran
padi yang lain seiring dengan permintaan pengguna seperti Basmathi, beras
Fragrant, Thai Super Special dan beras Local. SFSB telah dikenali kerana
kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal.
SFSB kini juga meneroka bidang baru
termasuk memasarkan bihun, sos cili dan kicap selain dari beras dan rempah.
Bagi produk bihun pula, syarikatnya telah menempah mesin dari China dan produk
itu akan diproses di sebuah kilang lain juga di Sri Gading. Kilang tersebut
mampu mengeluarkan sebanyak sembilan tan bihun sehari, namun pada peringkat
awal cuma memproses lima tan bihun dengan sasaran jualan sebanyak RM12 juta
bagi tahun pertama.
BAGAIMANA
PERNIAGAANNYA MULA MENDAPAT KEJAYAAN?
Sekitar tahun 1998, melihat kepada gaya
pemakanan kurang sihat di kalangan masyarakat Malaysia telah mendorong Hajah
Faiza untuk mempromosi beras ponni dari India yang dipercayai baik untuk
kesihatan, khususnya bagi penghidap diabetes, obesiti dan darah tinggi. Bagi
membuktikan kebaikan yang dimiliki beras itu, syarikatnya telah bekerjasama
dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk membuat kajian dan hasilnya memang
positif.
Beliau sanggup membelanjakan jutaan ringgit
bagi projek ini berjaya. Beliau kemudiannya memohon hak eksklusif daripada
Bernas untuk menjadi pemborong beras ponni. Beliau memasarkannya dengan nama
Taj Mahal. Pelbagai produk beras dibawah syarikat Faiza seperti basmathi dan
beras wangi mendapat sambutan yg mengalakkan dari masyarakat. Syarikatnya mula
berkembang pesat dengan pembinaan kilang beras bersaiz 40,000 kaki persegi dan
penggunaan teknologi canggih.
Pemilik syarikat ini merupakan seorang wanita yang berasal dari Mesir iaitu Puan Hajah Faiza Bawumi Sayed Ahmed. Sebelum menjadi antara syarikat pemborong beras yg terbesar diMalaysia. Syarikat yg beribu pejabat di Batu Pahat Johor ini hanya beroperasi daripada bisnes runcit yg biasa sahaja.
Permulaan jodoh Puan Hajah Faiza dengan suaminya Hj Abu bakar bermula daripada perkenalan mereka di Mesir ketika suaminya belajar di Mesir dalam bidang Ijazah Sarjana Muda. Setelah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata yg pertama, beliau di bawa oleh suaminya untuk berhijrah ke Malaysia.
Tugasan suaminya yg sibuk sebagai seorang kadi membuatkan Puan Hjh Faiza mencari aktiviti berfaedah yg boleh dilakukan bagi mengelakkan masanya terluang begitu sahaja. Dalam masa 3 bulan, Hjh Faiza sudah boleh berbahasa melayu dan mula melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kampung dan kemasyarakatan.
Beliau bermula melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan apabila mula menjahit pakaian kanak-kanak untuk dijual kepada jiran-jiran. Hjh faiza yg mempunyai diploma dalam bidang jahitan mula menjahit safra,set sarung bantal dan cadar bersulam pula. Dengan keuntungan jualan yg ada, beliau mengumpul modal untuk mencari peluang dlm perniagaan yg lain pula.
Setelah berhijrah ke Mersing, Hjh Faiza amat berminat dalam menghasilkan rempah kari yg kebanyakkannya diusahakan oleh peniaga-peniaga India. Beliau mula membeli pelbagai rempah ratus dan mempelajari cara membancuh ramuan rempah ratus tersebut untuk menghasilkan rempah kari ikan dan daging. Beliau bersungguh-sungguh dalam menghasilkan rempah terbaik dengan mendapatkan respon dari rakan-rakan terdekatnya. Pada peringkat permulaan, beliau melakukan semua aktiviti perusahaan ini sendirian daripada proses mencuci,menjemur,dan menggoreng rempah ratus tersebut.
Perusahaan rempah Hjh Faiza semakin popular dengan kepelbagaian produk baru seperti produk rempah kurma,rempah beriyani,rempah sup dan macam-macam lagi. Ia mula dipasarkan di seluruh kedai-kedai runcit dan kawasan felda sekitarnya. Pada peringkat permulaan, Hjh Faiza tidak mempunyai apa-apa label dan jenama pada produk beliau. Ini yg membuatkan orang ramai memberi nama kepada produk rempah beliau sebagai "rempah tok kadi" memandangkan suami beliau yg bertugas sebagai kadi sebelum bertukar kepada jenama "Bunga Raya".
Hjh Faiza kemudian terlibat dalam aktiviti perniagaan kedai runcit disamping masih meneruskan perniagaan rempah beliau. Beliau mula menjadi pengedar gas petronas dan bercadang untuk menjadi pemborong beras pula. Pada tahun 1982, tertubuhnya syarikat Faiza secara rasmi dan beliau memohon lesen pemborong beras dan mula memasarkan beras di sekitar Johor,Melaka dan Kuala Lumpur. Pada 1992 syarikatnya menjadi Sdn Bhd dan mula menjalankan kerjasama dengan Lembaga Padi Beras Negara dan menjadi ahli dalam Kumpulan Bernas.
STRATEGI
PERNIAGAAN BELIAU
Syarikat beliau juga bukan sahaja dikenali
kerana kualiti produk yang tinggi, tetapi juga disebabkan produk yang
dihasilkan seratus peratus buatan Islam dan halal. Syarikatnya kini mengedar
lebih 21 jenama beras temasuk yang paling dikenali, iaitu “Herba Ponni Taj
Mahal” , malah anak syarikatnya, iaitu Faiza Marketing Sdn Bhd pula melibatkan
diri dalam mengilang pelbagai jenis rempah termasuk rempah Raja Kari, rempah
Bukhari dan terbaru, bihun.
Syarikat Faiza juga telah menerima pelbagai
jenis pengiktirafan antaranya termasuklah sijil ISO 9001:2000 oleh SIRIM pada
Mac 2004, anugerah Superbrand Taj Mahal oleh Superbrand Malaysia pada November
2003 dan menerima pengiktirafan sijil Halal oleh JAKIM pada 2003. Malah,
syarikat ini juga pernah dinobatkan sebagai Pembekal Beras Terbaik BERNAS pada
2001.
SUMBANGAN BELIAU
"Kesenangan yang ada perlu dikongsi
bersama dengan mereka yang memerlukan,terutama golongan miskin dan ibu
tunggal", kata Faiza Bawumi Sayed Ahmad, tokoh Maulidur Rasul peringkat
kebangsaan tahun 2010.
Puan Faiza, yang merupakan Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd, yang sinonim dengan program yang berbentuk amal "Bersamamu", TV3 kerana syarikat itu merupakan penaja utama rancangan tersebut, berkata hasratnya kini adalah untuk menubuhkan Yayasan Faiza bagi membantu golongan tersebut.
Pengalaman turun padang mendekati kehidupan golongan susah dan ibu tunggal membuatkan beliau berhasrat untuk menubuhkan Yayasan Faiza pada satu hari nanti bagi menguruskan hal kebajikan dan sumbangan kepada orang ramai terutamanya golongan miskin dan ibu tunggal bagi menikmati kehidupan yang lebih baik.
Puan Faiza, yang merupakan Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd, yang sinonim dengan program yang berbentuk amal "Bersamamu", TV3 kerana syarikat itu merupakan penaja utama rancangan tersebut, berkata hasratnya kini adalah untuk menubuhkan Yayasan Faiza bagi membantu golongan tersebut.
Pengalaman turun padang mendekati kehidupan golongan susah dan ibu tunggal membuatkan beliau berhasrat untuk menubuhkan Yayasan Faiza pada satu hari nanti bagi menguruskan hal kebajikan dan sumbangan kepada orang ramai terutamanya golongan miskin dan ibu tunggal bagi menikmati kehidupan yang lebih baik.
PENCAPAIAN
KEJAYAAN BELIAU
Antara anugerah yang diterima oleh beliau
ialah:
- Anugerah termasuk Wanita Anggun 2005
- Tokoh Ibu Mithali Perkim 2007
- Wanita Nadi Negara peringkat Johor 2007
- Anugerah khas Tokoh Guru 2009
- Anugerah Usahawan Wanita Cemerlang SME Bank
- Anugerah Maulidur Rasul tahun 2010
KUNCI
UTAMA KEJAYAAN PUAN FAIZA
- Bangun tidur pukul 4:30 pagi setiap hari dan tidur awal sekitar pukul 10:30 malam.
- Tidak lupa membaca Al-Quran setiap hari.
- Niat beliau untuk berniaga bukanlah untuk menjadi kaya raya, tetapi untuk membantu masyarakat di negara ini seramai mana yg boleh agar mereka juga dapat merasa rezeki yg diperolehi. Syarikat Faiza muncul di antara syarikat yg paling tinggi membayar zakat di Malaysia.
- Mengamalkan solat sunat Dhuha dan tidak lupa membaca surah Al-Waqiah.
- Menganggap semua pekerjanya sebagai anak sendiri.
- Tegas dengan pekerja yang bermasalah.
Rujukan:
http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/bermula-dengan-upah-rm4-kini-jadi-jutawan.html
http://farizadheartit.blogspot.com/p/usahawan-berjaya-faiza-sdnbhd.html
http://kisahjutawan.blogspot.com/2009/01/jutawan-wanita-faiza-bawumi-sayed-ahmed.html
http://mybajet.my/ms/women-entrepreneur-part5
http://usahawan-berasfaiza.blogspot.com/
http://raksasapurple.blogspot.com/2012/03/contoh-tokoh-usahawan-yang-berjaya.html
No comments:
Post a Comment