Thursday, 27 November 2014

Individu Terkaya Di bawah Umor 30 Tahun

Nic Borg
Cofounder, Edmodo
Bidang : Pendidikan Alam Maya

  

Dalam dunia pendidikan dalam talian, Nic Borg's Edmodo adalah diantara perintisnya, pendapatannya meningkat dari $25 juta dalam tahun 2012 kepada $57 juta sejak ditubuhkan pada tahun 2008. Edmodo, juga dikenali dengan jolokkan "Facebook for the classroom," atau “Facebook untuk kelas belajar” mensasarkan golongan kanak-kanak K-12 atau sekitar umur bawah 12 tahun, 30 juta pengguna dari kelompok ibubapa serta guru-guru yang majoritinya mereka adalah guru dari lebih 210, 000 buah sekolah, termasuklah sekolah awam di Chicago dan Denver.

Edmodo tidak mewujudkan “konteks” tetapi lebih kepada kebebasan dalam teknik pengajaran, di mana menerapkan platform perlindungan peribadi yang membenarkan para guru, pelajar dan pentadbiran sekolah membandingkan dan berkongsi teknik-teknik dalam pengajaran mereka termasuklah juga dengan ujian dan kerja rumah yang diberikan kepada para pelajar. Dengan kewujudan medium atau corak pengajaran seperti ini, telah banyak pembangunan app atau aplikasi yang berminat bekerjasama untuk membangunkan aplikasi khasnya dalam pendidikan yang mempunyai jaringan dengan teknik pengajaran tersebut.

Setakat ini lebih dari 600 aplikasi telah dibangunkan dimana pulangannya dikongsi bersama. Ketika industri teknologi bergerak pantas sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai yang tidak berjaya dalam menggunakannya. Tetapi kita perlu memahami bagaimana teknologi boleh digunakan untuk meningkatkan gaya pembelajaran para pelajar dalam scalar yang lebih besar.

Rujukan dan Artikel
FORBES

http://www.forbes.com/special-report/2014/30-under-30/education.html

No comments:

Post a Comment