Dato’ Aliff Syukri kamarzaman
Penulis : Muhammad Syaza Safwan Bin Ya'acob
Pengenalan
Dato’
Aliff Syukri adalah merupakan seorang usahawan muda yang terkenal dengan
tagline
“Terlajak
Laris”. Beliau merupakan seorang pengasas yang termuda yang telah mengeluarkan produk-produk kecantikan dan
kesihatan yang berkualiti dan mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.
Sehingga ke hari ini, produk yang dikeluarkan oleh syarikat beliau iaitu D’Herbs
Healthy Sdn Bhd telah Berjaya mencetus fenomena didalam industri kosmetik dan
kesihatan dan telah terkenal di seluruh Malaysia, Singapura dan juga Brunei.
Latar Belakang
Dato’ Aliff Syukri
Kamarzaman telah dilahirkan pada 3 april 1987 di Felda Kechau, Kuala Lipis,
Pahang Darul Makmur. Beliau memang minat berniaga sejak dari kecil dan ingin hidup berdikari. Ketika di sekolah
rendah, beliau menjual kacang dan jeruk bagi mendapatkan duit lebih. Beliau
pernah sambung belajar di Kolej Taylor selepas tamat tingkatan lima tetapi
tidak habis dek kerana kurang minat membaca buku.
Beliau mula mencari
pendapatan sampingan selain bekerja seperti biasa dengan mengadakan bengkel
kesihatan dan kecantikan pada hujung minggu dan menjual produk –produk
kesihatan dan kecantikan.Dengan pendapatan sekitar RM1000 –RM2000 setiap kali
bengkel kesihatan, idea untuk menghasilkan produk sendiri tercetus.
Maka pada September 2010, maka D’Herbs Healthy Sdn Bhd telah ditubuhkan
dengan hanya beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan mempunyai seorang
pekerja sahaja. Produk-produk pertama dan utama yang dihasilkan adalah bedak
asas, produk pelangsingan, minuman kesihatan wanita dan lipstick rawatan bibir.
Sehinggi kini, syarikat beliau telah mempunyai hamper 30 rangkaian produk baru
dengan seramai 15 orang kakitangan yang membantu melancarkan perjalanan
syarikat. Pertambahan bangunan operasi juga telah melancarkan urusan perniagaan
dan memudahkan semua rakan niaga berurusan. Kini D’ Herbs telah menjadi suatu
jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna sama ada di Malaysia,
Singapura dan Brunei.
Produk –Produk yang dikeluarkan
Di antara produk-produk yang telah dihasilkan oleh D’ Herbs adalah :
- Bedak Aura Persona Bintang
- Bedak Beherba Lunas
- Bengkung Mak Bidan
- Celak Arab
- Cincin Par Arjuna
- CoklatPintar Ibnu Sinar
- Gel Alor Gamat
- Jus Perawan
Cabaran Yang Dihadapi Untuk Berjaya
Setiap usahawan
pasti akan menempuh pelbagai cabaran dan dugaan sebelum berjaya menjadi
usahawan yang terkenal. Cabaran yang dihadapi oleh Dato’ Aliff Syukri tidak
kurang hebatnya. Beliau mula memanjat tangga di sekitar Shah Alam, Selangor
bagi menjual produk kecantikan dan jamu keluaran syarikat terkenal. Meskipun
menyedari banyak premis yang memaparkan papan tanda “ Jurujual tidak dibenarkan
masuk “ ,ia tidak mematahkan semangat beliau. Beliau mengambil masa waktu rehat
tengah hari untuk menjaja produk beliau. Pada awalnya, ramai yang meragui
kewibawaan beliau yang ketika itu berusia 19 tahun kerana takut jualan yang
dilakukan adalah berdasarkan keuntungan bukan berdasarkan keberkesanan dan
kualiti produk. Tetapi berkat penerangan yang diberikan dengan jelas dan juga
demonstrasi kepada pelanggan, maka beliau telah berjaya menarik perhatian
mereka terhadap jualan beliau.
Dato’ Aliff syukri
mula mengambil tindakan drastik dengan mencontohi pengeluar produk kecantikan
lain dengan mengeluarkan produk sendiri. Beliau menghadapi cabaran apabila cuba
memohon pinjaman bagi memulakan perniagaan. Proposal yang telah diusahakan oleh
beliau selama berbulan-bulan telah ditolak mentah-mentah disebabkan oleh faktor
diantaranya usianya yang masih muda, tidak mempunyai penjamin dan sebagainya.
Namun semua itu tidak mematahkan semangat beliau. Beliau telah memanggil
beberapa pelanggan dan rakan-rakan terdekat yang telah berminat dan yakin akan
beliau yang ingin membuat satu jenama. Dengan bantuan modal dari rakan-rakan
dan pelanggan, beliau telah jadikan sebagai pelaburan dengan jumlah sekitar RM
100,000. Maka dengan itu wujudlah syarikat beliau iaitu D’Herbs Healthy Sdn
Bhd.
Pada Peringkat awal,
beliau terpaksa mengelilingi satu negara bagi memperkenalkan produk keluaran
syarikat beliau. Beliau adalah bos, pemandu, jurujual, ejen dan pegawai
pemasaran dalam satu masa. Beliau tidak segan dan malu untuk mempromosikan
produk beliau walaupun di pasar malam kerana
beliau yakin mampu menghasilkan produk berkualiti dengan harga yang
berpatutan dan mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat.
Sehingga kini,
syarikat D’Herbs Healthy telah mengeluarkan 50 jenis produk yang mula memasuki
pasaran antarabangsa termasuk singapura, Brunei dan Indonesia.
Pencapaian
- Merupakan usahawan kecantikan dan kesihatan yang termuda di Malaysia
- Mendapat gelaran Dato’ atas usaha beliau dalam bidang kecantikan dan kesihatan di Malaysia
- Mengeluarkan lebih 50 jenis produk kesihatan dan kecantikan dalam masa 3 Tahun dan merupakan antara produk yang terlaris di pasaran.
Kunci Utama Kejayaan Dato’ Aliff Syukri
- penting untuk menghasilkan satu inovasi baru bukan sekadar mengeluarkan produk sedia ada di pasaran.
- memiliki semangat kental, malah tidak malu mempromosikan jenamanya di pasar malam kerana percaya dapat menghasilkan produk berkualiti dan mampu dibeli setiap lapisan masyarakat.
Rujukan
- http://www.deherbs.com.my/v1/index.php/2013-08-22-07-41-26/88-profile/105-latar-belakang
- http://tengoktvonline.blogspot.com/2014/07/kisah-sayu-hidup-pengasas-dherbs-dato.html
- http://www.mysumber.com/siapa-dato-aliff-syukri-terlajak-laris-d-herbs-af-2014.html
- http://ww1.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130412/ke_01/Aliff-Syukri-cetus-fenomena
- http://miewildblogku.blogspot.com/2013/12/datuk-aliff-syukri-kamarzaman.html
- http://www.currentlife2u.com/2014/07/02/kisah-sayu-hidup-pengasas-dherbs-dato-aliff-syukri/
No comments:
Post a Comment