Berikut merupakan 10 produk kreatif yang ada masa kini seperti berikut dalam menyelesaikan pemasalahan masyarakat setempat.
1. KERUSI SANDAR JANAAN SOLAR
Kerusi Sandar Janaan Solar merupakan kerusi sandar setempat yang dikhaskan di tempat awam, pada masa yang sama menjana kuasa elektrik dari sel solar diatas kerusi tersebut. Kuasa elektrik tersebut boleh digunakan untuk tujuan mengecas gajet peribadi seperti telefon bimbit, laptop dan lain-lain.
Pintu serbaguna ini bukan sahaja digunakan sebagai fungsinya sebagai pintu tetapi boleh diselaraskan penggunaannya sebagai meja ping pong bagi aktiviti sukan diruang yang mempunyai luas rumah yang kecil dan sempit serta menjimatkan luas rumah itu sendiri.
3. PENGUNTING PIZZA
Gunting ini dikenali sebagai “scizzas,” dari Dreamfarm, dari pereka yang tidak asing lagi di Australian dalam peralatan perkakasan dapur. Gunting ini mempunyai sebelah skop seperti yang digunakan di kedai makanan berasaskan pizza. Mempunyai potongan yang menarik dalam membahagikan bahagian pizza tanpa perlu untuk menentukan saiznya terlebih dahulu.
4. PEMEGANG BEG GALAS BASIKAL
Beg galas ini merupakan salah satu hasil ciptaan oleh Bergmonch’s yang sememangnya rumit untuk dihasilkan. Beg galas ini direka bagi mereka yang gemar dengan aktiviti kembara lasak yang menggunakan basikal lasak atau mountain bicycle sebagai kemudahan kembara. Memudahkan basikal dibawa apabila melalui kawasan yang sukar untuk ditempoh dan memudahkan basikal tersebut disimpan apabila tidak digunakan lagi.
5. KASUT KOMPAK
Kasut zip dari jenama Timberland’s direka untuk mudah disimpan dan dibawa apabila pergi mengembara dan melancong serta menjimatkan ruang bagasi beg semasa membawanya.
6. SET PISAU PERBAGAI SAIZ
Merupakan set pisau yang lengkap dengan perbagai saiz yang ditawarkan, sama ada digunakan untuk memotong atau menghiris. Set pisau ini juga mudah untuk disimpan dan tidak perlu lagi menggunakan pemegang pisau untuk menyimpan pisau seperti kebiasaan.
7. LAMPU TRAFIK BERSKRIN ATAU PAPARAN JAM PASIR
Bayangkan lampu trafik berwajah baru dan demensi baru. Pada masa kini, sesetengah tempat di Malaysia menggunakan lampu trafik bersama masa menunggu dan masa boleh lalu yang rata-rata menambah penggunaan kuasa elektrik. Tetapi dengan adanya inovasi ini, kadar kegunaan tenaga boleh dikurangkan dengan lampu trafik seperti ini. Lampu trafik ini boleh memainkan fungsi dengan baik tanpa perlu lampu atau paparan tambahan, hanya berbekalkan satu paparan sahaja dan ia kelihatan lebih menarik dari kebiasaan dan membuatkan pengguna jalan raya lebih peka.
8. CERMIN BELAKANG 180 DARJAH
Demensi baru dalam rekaan cermin belakang kereta, memperkenalkan cermin belakang 180 darjah yang mempunyai 16 inci. Inovasi ini memudahkan pemandu dalam menentukan kedudukan kenderaan mereka semasa perjalanan. Hanya perlu menggunakan cermin belakang sahaja, pemandu dapat melihat sekeliling dibelakang tanpa perlu melihat cermin sisi lagi. Rekaan ini dapat memberikan keselesaan pemanduan yang lebih efisyen.
9. PEMEGANG SISI CAWAN KOPI PEJABAT
Merupakan rekaan yang sangat kreatif dalam menyelesaikan masalah di ruang pejabat seperti tertumpah air seperti kopi di atas kertas yang penting dipejabat. Dengan adanya pemegang cawan seperti ini, anda tidak perlu risau jika terkena cawan, air tersebut akan tertumpah kebawah lantai. Mudah diseleraskan dan mudah dibawah.
10. Basikal Kekunci Tersendiri
Merupakan rekaan dari pereka Kevin Scott yang didatangi dengan kerangka mudah lentur. Ini lenturan ini membolehkan basikal diselaraskan untuk membentuk bentuk-O dan dikunci dengan kekunci yang direka khas bagi basikal tersebut.
No comments:
Post a Comment