Saturday, 29 November 2014

From Zero To Hero

Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary
Penulis : Mohd Norfazli Bin M. Salim


      

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan jutawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Anak kepada pasangan syed Nor Albukhary dan Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat, anak jati Alor Setar ini dilahirkan pada tahun 1951. Beliau ialah Pengerusi Yayasan Albukhary. Melalui alBukhary Foundation, beliau menerajui 3 buah syarikat utama iaitu MMC (Malaysia Mining Corporation), Tradewinds, DRB-HICOM dan beberapa syarikat lain.

Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM8.84 bilion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005 hingga 2011. Anggaran kekayaan beliau adalah 10.6 billion. Menurut majalah Forbes, beliau orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara. Beliau adalah orang kedua terkaya di Asia Tenggara selepas pengerusi Berjaya Corp, Vincent Tan. Syarikat utamanya yang menggajikan lebih 110,000 orang dan 250,000 secara tidak langsung. Beliau telah membelanjakan jutaan ringgit untuk tujuan kebajikan seperti mendirikan Masjid, memberi biasiswa dan tuisyen percuma, mendirikan pusat dialysis percuma, memberi bantuan kepada mangsa bencana alam dan pelbagai lagi kerja-kerja kebajikan yang beliau lakukan. Beliau juga 'Wira Dermawan Asia' selain Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Leonard Linggi Tun Jugah, dan Hishamudin Ubaidulla.

Sikap beliau yang komited dengan mengamalkan disiplin yang tinggi dan cekal dalam setiap usahanya sehingga membuahkan hasil, terutamanya mengeluarkan diri dan keluarga dari kepompong kemiskinan.

Beliau tidak mempunyai pendidikan formal di peringkat tinggi, ternyata beliau luas dalam pengalaman hidup terutama jatuh bangun dalam perniagaan yang menjadi gurunya sehingga dicatatkan sebagai Melayu terkaya di Malaysia.


Awal Perniagaan

1971 : Perniagaan daging di Alor Setar
1972 : Perniagaan Pengangkutan Lori (Syarikat Pengangkutan Sentosa)
1974 : Membeli rumah kedai pertamanya, di Jalan Telok Wan Jah, Alor Setar
1975 : Menubuhkan Syarikat Shah
1976 : Syarikat usahasama, Bukhary Sdn. Bhd, Jalan Telok Wan Jah, Alor Setar
1977 : Bukhary (KL) Sdn. Bhd., Jalan Pahang, Kuala Lumpur
1978 : Menyertai delegasi Pernas ke Pesta Perdagangan Canton, China
1979 : Syarikat Susu Mas Sdn. Bhd.

  •  Amtek Holdings
  • Amtek Shoes
  • Amteks Garment Sdn.Bhd.
  • Oriental Garments Uniform Division
  • Bukhari Shipping
  • Bukhary Development

Beliau membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Seterusnya menjual roti canai di pasar Jalan Telok Wan Jah. Beliau membantu bapanya menternak lembu dan kerbau tetapi berhadapan dengan masalah wabak kaki dan mulut yang merebak ke seluruh selatan Thailand, Kedah dan Perlis . Semua ternak petani mati begitu sahaja. Sejak itu beliau meninggalkan bidang ternakan dan memulakan perniagaan sebagai pengusaha daging lembu dan kerbau pada tahun 1970 ketika berumur 19 tahun, selepas mengambil peperiksaan SPM . Beliau membeli daging lembu yang tidak terjual di pasar dan menjual semula kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran sekitar Alor Setar.

Pada 1972, beliau mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A dan meminjam RM110,000 daripada MARA untuk membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan 'Syarikat Pengangkutan Sentosa' dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Lori-lori itu digunakan untuk memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa kini memiliki lebih daripada 40 buah lori.


                                                      Mercedes 911LS


Pada 1974, Syed Mokhtar membeli rumah kedai yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli denganPerbadanan Kemajuan Bandar (UDA). Pada 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara (LPN) yang kini dikenali sebagai Bernas. Beliau berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Semua ini hasil langkah kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru.
Beliau turut menubuhkan syarikat usahasama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Syed Bukhari memegang 52 % saham dan Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 % dan 16 %. Syarikat usahasama ini dinamakan sebagai Bukhary Sdn. Bhd pada 15 Julai 1976 dan beroperasi di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah. Melalui Bukhary Sdn. Bhd.,beliau memulakan perniagaan gula dan kini mencecah RM250 juta.

                                   

                                                          Jalan Teluk Wanjah, Alor Setar

Pada 1977, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd dan beroperasi di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Syarikat ini diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.
Pada 1979,Syed Mokhtar menubuhkan syarikat usahasama, Susu Mas Sdn. Bhd (51 %) dengan New Zealand Milk Products (49 %). Pelbagai produk diedarkan dengan jenama Fernleaf dan Anchor.Pada 1985, Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.
Tahun 1978, beliau menyertai delegasi perdagangan ke Ekspo Perdagangan Canton, China. Beliau berjaya menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan koko dari Malaysia dengan teh dari China. Syarikatnya mendapat kontrak membekalkan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam tentera. Beliau membeli secara terus daripada pengilang.
Beliau menubuhkan kilang Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan menubuhkan kilang Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai. Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

                                 

MMC Corporation Berhad

MMC Corporation Berhad (MMC) adalah utiliti dan infrastruktur yang terkemuka kumpulan dengan perniagaan yang pelbagai di bawah tiga bahagian iaitu tenaga dan utiliti, pelabuhan & logistik dan kejuruteraan & pembinaan.
Di bawah bahagian tenaga dan utiliti, MMC mempunyai kepentingan kawalan dalam Malakoff Corporation Berhad (pengeluar tenaga bebas terbesar di Malaysia), adalah pemegang saham tunggal terbesar Gas Malaysia Berhad (pembekal tunggal gas asli retikulasi di Semenanjung Malaysia) , dan penuh memiliki Aliran Ihsan Resources Berhad (rawatan air operator kilang).
Perniagaan utama MMC di bahagian pelabuhan dan logistik termasuk operasi Pelabuhan Tanjung Pelepas (terminal kontena terbesar di Malaysia) dan Pelabuhan Johor (pelabuhan pelbagai guna yang terkemuka di Malaysia). MMC juga mempunyai kepentingan bersekutu di Laut Merah Gateway Terminal Syarikat Limited yang mengendalikan terminal kontena di Pelabuhan Islam Jeddah, Arab Saudi.
Bahagian kejuruteraan & pembinaan MMC telah ditubuhkan lagi dalam sektor berikut peranan utama sebagai Rakan Penyampaian Projek dan bawah tanah kontraktor pakej kerja bagi 51 km Lembah Klang Mass Rapid Transit (KVMRT) projek (Sungai Line Buloh-Kajang). Ini adalah tambahan kepada rekod belum pernah terjadi sebelumnya MMC melaksanakan satu kejayaan kejuruteraan kereta api dalam pembinaan Bukit Berapit berkembar lubang terowong, terowong kereta api terpanjang di Asia Tenggara, sebagai sebahagian daripada 329 km Ipoh-Padang Besar projek Landasan Berkembar Elektrik sebagai dan Pengurusan Air Banjir yang inovatif dan Terowong Jalan (SMART) lebuh raya.
  
DRB-HICOM Berhad

DRB-HICOM Berhad adalah salah satu syarikat terkemuka di Malaysia, terlibat dalam pembuatan, pemasangan dan pengedaran industri automotif melalui penglibatannya dalam kereta penumpang dan pacuan roda segmen empat pasaran kenderaan, projek trak nasional dan projek motosikal nasional . DRB-HICOM memasang kereta di Malaysia untuk TATA Motors, Honda, Isuzu, Suzuki, Mercedes-Benz dan Volkswagen, dengan rancangan untuk pengembangan. Selain automotif, fokus perniagaan teras kumpulan itu adalah dalam sektor perkhidmatan, hartanah dan prasarana.
Pada asalnya, ia telah ditubuhkan pada tahun 1980 sebagai The Heavy Industries Corporation Malaysia Berhad (HICOM). Ia mengalami pertumbuhan pesat dan pada tahun 1996 bergabung dengan Diversified Resources Berhad (DRB) untuk membentuk syarikat terbesar di Malaysia.
Antara syarikat di bawah DRB-HICOM Berhad

  • HICOM Automotive Manufacturers Malaysia Sdn Bhd 
  • PROTON Holdings Berhad 
  • DRB-HICOM Defense Technologies Sdn Bhd 
  • Automotive Corporation Malaysia Sdn Bhd (ACM) 
  • USF-HICOM (Malaysia) Sdn Bhd 
  • DRB-HICOM Auto Solutions Sdn Bhd 
  • HICOM Diecastings Sdn Bhd 
  • Scott & English Malaysia Sdn Bhd 
  • POS Malaysia 
  • Puspakom Sdn Bhd 
  • International College of Automotive Malaysia (ICAM) 
  • DRB-HICOM Environmental Services Sdn Bhd 
  • Glenmarie Cove Development Sdn Bhd 
  • Comtrac Sdn Bhd 
  • Proton Edar Sdn Bhd 
  • Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) 
  • Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) 
  • Edaran Otomobil Nasional Bhd 
  • EON Automart Sdn Bhd 
  • Euromobil Sdn Bhd 
  • HICOM AUTO Sdn Bhd 
  • Honda (Malaysia) Sdn Bhd 
  • Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd 
  • Isuzu HICOM Malaysia 
  • Isuzu Malaysia Sdn Bhd 
  • Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd 
  • Suzuki Motorcycle Malaysia Sdn Bhd 
  • HICOM-HONDA Manufacturing Malaysia Sdn Bhd 
  • HICOM-TECK SEE Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd 
  • HICOM-YAMAHA Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd 
  • HICOM-Potenza Sport Cars Sdn Bhd 
  • Oriental Summit Industries Sdn Bhd 
  • PHN Industry Sdn Bhd 
  • Uniasia General Insurance 
  • Alam Flora Sdn Bhd
Tradewinds Corporation Berhad

Tradewinds Corporation Berhad (TCB) terlibat dalam pegangan pelaburan dan penyediaan perkhidmatan pengurusan. Anak syarikat beroperasi dalam empat segmen iaitu

·         Hotel, terlibat dalam penyediaan perkhidmatan hotel;
·         hartanah, terlibat dalam pelaburan hartanah,
·         jualan dan pembangunan;
·         Pembuatan dan perdagangan, yang terlibat dalam pembuatan dan penjualan kaca keselamatan dan perdagangan barangan dan

·         perkhidmatan kewangan, terlibat dalam pembrokeran insurans dan pajakan dan sewa beli.

From Zero To Hero

Penulis :Muhamad Hadi Alias


Syarikat & produk


Pengasas - Rushdi Abdullah

LATAR BELAKANG PENGASAS
Rushdi Abdullah dilahirkan tanggal 14 Jun 1970 dan telah dibesarkan di daerah Pasir Mas, Kelantan. Beliau telah berkahwin dan kini memiliki 2 cahaya mata yang telah menjadi sumber inspirasi kejayaan beliau. Beliau adalah salah seorang yang pernah menghadapi kesukaran demi kesukaran tetapi akhirnya mencapai kejayaan gemilang menerusi syarikatnya Dunia Herbs Sdn. Bhd. syarikat yang diasaskannya sendiri oleh beliau. Siapa sangka, seorang yang pernah berniaga tudung dan kuih cakoi boleh merubah hidupnya dan membina empayar bernilai berjuta-juta ringgit dan menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada orang lain.

Bagi Rushdi sendiri, bukanlah mudah untuk mencapai tahap yang dinikmatinya kini. Banyak liku-liku kehidupan dan ranjau kehidupan yang terpaksa diharunginya sebelum menempah kejayaan bersama Dunia Herbs. Pada zaman kesukarannya, pelbagai bidang kerja yang diceburinya untuk menyara diri dan keluarganya tetapi hasilnya amatlah tidak seberapa. Akhirnya, dalam keadaan terdesak, beliau membelanjakan beberapa ratus ringgit untuk memulakan formulasi kesihatan berasaskan herba. Dan beliau telah sedar bahawa masyarakat kini telah ramai yang menghidapai obesiti atau masalah kegemukan yang melampau. Beliau telah mendapat idea dari bahan semulajadi iaitu Halia, di mana Halia berfungsi sebagai pembuang angin dan toksik dalam badan. Untuk menguji keberkesanan produknya, beliau mempraktikkan pada diri sendiri dan mencuba produk ciptaannya yang diberi nama Losyen Mustajab Pati Halia.

PRODUK SYARIKAT

LATAR BELAKANG DAN STRATEGI SYARIKAT
Dunia Herbs memulakan operasinya pada tanggal 06 September 2005. Ianya adalah sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh anak bumiputera di mana syarikat ini sedang berkembang maju dalam memasarkan produk kecantikkan dan kesihatan berkualiti yang berasaskan herba.

Syarikat ini mula menunjukkan potensinya sebagai sebuah syarikat yang kian maju dan berdaya saing melalui prestasinya dalam memasarkan produk perintis iaitu Losyen Mustajab Pati Halia yang telah pun mendapat sambutan hangat dari pengguna di seluruh Malaysia. Dengan ini syarikat Dunia Herbs Sales & Marketing akan terus melangkah bagi merealisasikan matlamatnya untuk menjadi salah satu syarikat yang lebih berjaya dan gemilang akan mencapai sasarannya dalam masa terdekat ini.

Produk Losyen Mustajab Pati Halia adalah satu-satunya produk pertama keluaran syarikat Dunia Herbs yang mana ianya menampakkan potensi sebagai produk yang laris di pasaran berdasarkan jualan produk yang mencecah 100,000 unit sebulan. Perkembangan baik ini adalah yang di antaranya hasil dari kerja-kerja pengiklanan yang tepat pada sasaran dan juga iklan yang berterusan selain dari mutu dan keberkesanan produk itu sendiri.

Selain dari memasarkan produk ini dalam pasaran domestik, pihak syarikat juga bercadang untuk mencari peluang memasarkan ianya ke luar negara seperti negara-negara asia dan juga negara timur tengah berdasarkan kesesuaian produk ini pada penduduk masyarakat setempat. Sejak syarikat ini ditubuhkan, ia masih menumpukan pada kerja-kerja pengiklanan dan menaik taraf produk dan pembungkusan hanya pada losyen mustajab pati halia ini kerana syarikat melihat pada potensi besar produk ini dan mensasarkan lebih banyak jualan pada tahun-tahun berikutnya. Dunia Herbs juga mempunyai rancangan untuk memasarkan produk-produk baru mengikut kesesuaian pasaran lantas mempelbagaikan lagi produk keluaran syarikat.

Pihak syarikat Dunia Herbs telah dan akan berkerjasama dengan badan-badan tertentu seperti SIRIM, MATRADE, MTDC, KEMENTERIAN KESIHATAN dan sebagainya bagi memastikan cita-cita syarikat tercapai. Bimbingan dari pihak tersebut tadi adalah amat perlu memandangkan syarikat Dunia Herbs sekarang masih baru dan memerlukan sokongan sepenuhnya dari semua peringkat terutamanya dari jabatan-jabatan kerajaan.

SUMBANGAN SYARIKAT


Yayasan bernama Yayasan Dunia Herbs telah ditubuhkan pada tahun 2012 dan diasaskan sendiri oleh En. Rushdi Abdullah dan diuruskan oleh Lembaga Pemegang Amanah, yang merupakan suatu pertubuhan kebajikan, kemasyarakatan dan kemanusiaan.

Yayasan ini ditubuhkan atas dari keikhlasan dan rasa tanggungjawab pengasasnya yang perihatin dan peka terhadap golongan yang amat memerlukan bantuan seperti golongan miskin tegar, mangsa yang menghadapi kesulitan bencana alam dan kesukaran kesan daripada peperangan, golongan yang tertindas disamping memberikan perkhidmatan sosial khususnya kepada masyarakat dan negara.
Merupakan langkah positif dalam tanggungjawab sosialnya untuk menangani masalah global bagi mewujudkan suasana aman dan harmoni dikalangan masyarakat dunia. Mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan kepada mereka yang memerlukan dengan mengadakan skim bantuan kepada orang-orang yang kurang bernasib baik seperti orang miskin, orang cacat dan lain-lain bantuan bencana alam. Mempertingkatkan penglibatan dan penyertaan golongan muda dalam pembangunan masyarakat dengan mengadakan latihan kemahiran di samping peluang perniagaan. Memberikan kesedaran tentang kepentingan keamanan dunia dan mewujudkan suasana keamanan melalui kempen, seminar dan akitiviti bagi menangani isu-isu keamanan di Malaysia dan seluruh dunia.

Rujukan:


Senarai 20 Terkaya Di Malaysia

1. ROBERT KUOK HOCK NIEN
Kekayaan                    :  RM 54,480.00 bilion.
Capai Kekayaan          :  Usaha Sendiri
Sumber                        : Kerry Group, Kuok Group dan Shangri-La Hotels
Negara Asal                 :  Johor Bahru, Malaysia
Pendidikan                   :  Bachelor of arts (Honours) Degree in
Economics, University Nottingham
Status Kahwin              :  Berkahwin, 8 orang anak     


2. T ANANDA KRISHNAN
Kekayaan                    :  RM 33,193.88 bilion.
Capai Kekayaan          :  Usaha Sendiri
Sumber                        : Pemilik tunggal "Pacific States Investment Ltd"
Pengerusi "Usaha Tegas Group Holdings Bhd"
Negara Asal                 :  Brickfields, Kuala Lumpur
Pendidikan                   : B.A. (Honours) Degree in Political Science University of Melbourne, Australia
Status                           :  3 Orang Anak


3. TAN SRI TEH HONG PIOW
Kekayaan                    :  RM 18,066.20 bilion.         
Capai Kekayaan          :  Usaha Sendiri
Sumber                        : Pegerusi Public Bank berhad di Malaysia 
Negara Asal :  Singapura
Pendidikan                   : Unaccredited Pasific Western University serta PhD dari Universiti Clayton dan   Universiti Malaya
Status Kahwin              :  4 orang anak


4. TAN SRI QUEK LENG CHAN
Kekayaan                    :  RM 14,110.81 bilion.        
Capai Kekayaan          :  Usaha Sendiri
Sumber                        :  Pengerusi Hong Leong Group
Negara Asal                             :  Malaysia
Pendidikan                   :  Unaccredited Pasific Western University serta PhD dari Universiti Clayton dan Universiti Malaya
Status                           :  4 orang anak


5. LEE SHIN CHENG
Kekayaan                    :  RM 13,115.37 bilion.
Capai Kekayaan          :  Usaha Sendiri
Sumber                        : IOI Property Group
Negara Asal                 :  Jeram, Malaysia
Status Kahwin              :  Berkahwin, 6 orang anak


6. TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY
Kekayaan                    :  RM 11,070.00 bilion.             
Capai Kekayaan          :  Usaha Sendiri
Sumber                                    :  Pengasas AL-Bukhary Foundation
Negara Asal                 : Alor Setar, Kedah, Malaysia
Pendidikan                   :  SPM
Status                           :  Berkahwin, 5 orang anak


7. LIM KOK THAY
Kekayaan                    :  RM 9,434.18 bilion.
Capai Kekayaan          :  Usaha Sendiri
Sumber                        : Genting Group
Negara Asal                 :  Malaysia
Pendidikan                   : London University
Status Kahwin              :  Berkahwin, 3 orang anak


8. LEE KIM HUA
Kekayaan                    :  RM 7,467.00 bilion.
Capai Kekayaan          :  Usaha Sendiri
Sumber                        : Genting Group
Negara Asal                 :  Malaysia
Status Kahwin              :  Janda, 6 orang anak


9. DATUK MOKHZANI MAHATHIR, 52
Kekayaan                    :  RM 4,222.26 bilion.
Capai Kekayaan          :  Usaha Sendiri
Sumber                        :  Sapura Kencana (Petroleum)
Negara Asal                 :  Malaysia
Pendidikan                   : Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Petroleum, University of Tulsa, Oklahoma, U.S.A
Status Kahwin               :  Berkahwin, Anak 5 Orang


10. TAN SRI AZMAN HASHIM, 68
Kekayaan                    :  RM 4,108.45 bilion.
Capai Kekayaan          :  Usaha Sendiri
Sumber                        :  Arab-Malaysian Corporation Bhd (Perbankan)
Negara Asal                 :  Malaysia
Pendidikan                   :  Akaun di Perth, Australia
Status Kahwin              :  Berkahwin, Anak 5 orang

 
11. TIONG HIEW KING
Kekayaan                    :  RM 3,790.00 bilion.
Capai Kekayaan          :  Usaha Sendiri
Sumber                        : Rimbauan Hijau
Negara Asal                 :  Sibu, Malaysia
Status Kahwin              :  Berkahwin, 4 orang anak

12. ONG BENG SENG
Kekayaan                    :  RM 3,530.00 bilion.
Capai Kekayaan          :  Usaha Sendiri
Sumber                        : Hotel Properties Ltd
Negara Asal                 :  Malaysia
Status Kahwin              :  Berkahwin, 2 orang anak


13. TAN SRI YEOH TIONG LAY, 83
Kekayaan                     :  RM 3,220.83 bilion.
Capai Kekayaan           :  Usaha Sendiri
Sumber                         :  YTL Group
Negara Asal                 :  Malaysia
Pendidikan                    :  Hing Hua High School, Klang
Status Kahwin              :  Berkahwin, Anak 7 Orang


14. TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA LAU CHO KUN @ LAU YU CHAK, 78
Kekayaan                    :  RM 3,120.67 bilion.
Capai Kekayaan          :  Usaha Sendiri
Sumber                         :  Hap Seng Consolidated (Hartanah,    Automatif, Perladangan, Kuari& Bahan  Binaan, Baja Dan Pembiayaan Kredit)
Negara Asal                 :  Malaysia
Pendidikan                   : Tidak dinyatakan
Status Kahwin               :  Berkahwin, Anak 1 Orang


15. TAN SRI DATO’ SERI SHAHRIL SHAMSUDDIN, 52
Kekayaan                    :  RM 2,506.03 bilion.
Capai Kekayaan          :  Usaha Sendiri
Sumber                        :  Sapura Group (Petrol dan Gas)
Negara Asal                  :  Malaysia
Pendidikan                   :  Universiti Teknologi Malaysia (UTM),    Doktor Kehormat dalam Pengurusan   Teknologi; MIT Sloan School of  Management, Ijazah Sarjana Sains  Pengurusan Teknologi; California  Polytechnic State University, Ijazah  Sarjana Muda Sains dalam Teknologi  Industri
Status Kahwin       :        Berkahwin


16. DATO’ SHAHRIMAN SHAMSUDDIN, 44
Kekayaan                    :  RM 2,468.65 bilion.
Capai Kekayaan          :  Usaha Sendiri
Sumber                        :  Sapura Group (Petrol dan Gas)
Negara Asal                 :  Malaysia
Pendidikan                    :  Warwick University, U.K., Ijazah    Sarjana Sains dalam Kejuruteraan  Perniagaan; Purdue University, U.S.,  Ijazah Sarjana Muda Sains dalam  Teknologi Industri
Status Kahwin               :  Berkahwin


17. Tan Sri Jeffrey Cheah Fook Ling
Kekayaan                     :  RM 2,153.15 bilion.
Capai Kekayaan          :  Usaha Sendiri
Sumber                                    : Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway
Negara Asal                 : Malaysia
Pendidikan                   :  Universiti Victoria, Melbourne, Australia.
Status Kahwin              : Tidak dinyatakan.


18. DATO’ LEE YEOW CHOR , 47
Kekayaan                     :  RM 2,033.81 bilion.
Capai Kekayaan           :  Usaha Sendiri
Sumber                         :  IOI Group, Malaysian Palm Oil Council,  Malaysia Green Technology Corporation  dan Unico Desa Plantations Berhad      (Perladangan dan Hartanah)
Negara Asal                  :  Malaysia
Pendidikan                    :  King’s College London, LLB (Honour);    London School of Economics, Diploma in  Finance and Accounting
Status Kahwin               :  Berkahwin


19. EE YEOW SENG , 35
Kekayaan                    :  RM 2,006.13 bilion.
Capai Kekayaan          :  Usaha Sendiri
Sumber                        :  IOI Group dan Unico Desa Plantations Berhad (Perladangan dan Hartanah)
Negara Asal                 :  Malaysia
Pendidikan                   :  King’s College London, LLB (Honour)
Status Kahwin              :  Tidak dinyatakan


20. TAN SRI VINCENT TAN, 61
Kekayaan                     :  RM 1,924.12 bilion.
Capai Kekayaan          :  Usaha Sendiri
Sumber                        :  Berjaya Group
Negara Asal                 :  Malaysia
Pendidikan                   :  Tidak dinyatakan

Status Kahwin              :  Berkahwin, Anak 11 Orang

10 Produk Di dalam Kajian dan Pembangunan (R&D)


Produk : Alat Pengesan Denyutan Jantung Janin

Penerangan:
Ia merupakan suatu alat pengesan denyut jantung janin yang inovatif, menggabungkan teknologi optik, tisu, instrumentasi dan pemprosesan isyarat berdasarkan thesisnya. Dalam bidang perbidanan pengesanan kadar denyut jantung (FHR) kekal sebagai sesuatu yang standard untuk penilaian kesejahteraan janin. Oleh itu, hasil pengesanan awal boleh mengurangkan risiko penyakit dan kematian.

Info lanjut sila Hubungi :   Dr. Gan Kok Ben
                                        Alamat :    Institut Sains Angkasa (ANGKASA),
                                                          Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
                                              Tel :     -
                                           Emel : gankokbeng@ukm.my


Produk : Nanosatelit (Satelit Mini)

Penerangan:
"Nanosatellite" (nanosat) adalah sebuah satelit dengan jisim antara satu dan 10 kg sahaja. Apa yang dilakukan ia akan bergabung dengan beberapa nanosat lain dalam satu pembentukan gabungan dengan sebuah satelit induk yang lebih besar untuk dapat berkomunikasi dengan stesen bumi.

Info lanjut sila Hubungi :  Profesor Dr, Ahmad Alaudin Mohd Ali
                           Alamat :  Unit Elektrik, Elektronik dan     Kejuruteraan Sistem
                                           Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Tel : + 603-89216302/22
Emel : mama@eng.ukm.my


Produk : Ais Krim Bambangan

Penerangan:
Buah bambangan ialah salah satu daripada buah-buahan tempatan  masyarakat Sabah. Secara tradisi ia biasanya dijadikan jeruk oleh masyarakat  Kadazan Dusun. Inovasi produk ini adalah melibatkan penggunaan buah bambangan sebagai perisa dalam penghasilan aiskrim. Inovasi sebegini dilihat berupaya meluaskan lagi penggunaan buah bambangan di samping  mempopularkan buah ini kepada masyarakat di luar negeri Sabah. Pemasaran  produk ini boleh secara langsung membantu menjana pendapatan kepada masyarakat yang menghasilkan buah ini

Info lanjut sila Hubungi :  Fazera Ilyani Ali
                           Alamat : Yayasan Inovasi Malaysia


Produk : Automatic Chicken Coop

Penerangan:
Automatic Chicken Coop ini merupakan sebuah reban ayam yang menggunakan kawalan secara automatik berdasarkan gabungan mekanikal dan elektrikal. Ianya membolehkan proses membuang dan mengumpul najis secara automatik mengikut tempoh yang ditetapkan di dalam sesuatu masa,
memberi makanan dan minuman mengikut masa yang telah ditetapkan secara automatik dan menyalakan lampu untuk pencahayaan pada waktu malam.

Info lanjut sila Hubungi :Ahmad Faz Solahudin
                          Alamat :      Yayasan Inovasi Malaysia


Produk : WiraBar

Penerangan:
Ia adalah sejenis makanan padatyang dihasilkan untuk menjana tenaga. Ia dihasilkan dari adunan yang terbaik bagi memenuhi keperluan individu yang aktif seperti ahli sukan dan ahli beruniform (cth: askar, polis, dan lain-lain)

Info lanjut sila Hubungi :Dr. Nazaruddin Ramli
                          Alamat : Pusat Sains Kimia dan Teknologi Makanan
                                        Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
     Tel : + 603 8921 3817
   Emel : naza@ukm.my 

Produk : Bionic Lifesciences

Penerangan:
Ia merupakan produk kecantikan iaitu kolagen. Uniknya, kolagen ini dihasilkan dari kulit ikan talapia yang mana ia adalah yang pertama dihasilkan di rantau Asia.

Info lanjut sila Hubungi :Prof. Dr. Jamilah Bakar
                          Alamat : Universiti Putra Malaysia
                                                Tel : + 603 8946 8355
Emel :      jamilah@putra.upm.edu.my

  
Produk : Tandas LoveMe Water Closet

Penerangan:
Dengan kemudahan penutup yang boleh dikunci secara automatik, tandas yang diberi nama Loveme Water Closet itu sesuai digunakan oleh semua lapisan umur termasuk kanak-kanak. Tandas ini direka dengan dua penutup yang sesuai diguna untuk kanak dan juga orang dewasa. Selain untuk. Selain itu, ia juga menjimatkan lebih banyak penggunaan air berbanding tandas lain.

Info lanjut sila Hubungi :Sazrinee Zainal Abidin
                           Alamat: FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA, 
                                         Universiti Putra Malaysia
Tel: 03 8946 4096
Emel:sazrinee@putra.upm.edu.my


Produk: Jintan hitam mampu cegah penyakit kardivovaskular, saraf

Dikenali sebagai Produk Fraksi Kaya Timokuinon (TQRF) yang dihasilkan daripada jintan hitam atau dikenali sebagai habbatus sauda mampu mencegah penyakit kardivaskular dan neuro (saraf).

Info lanjut sila Hubungi : Dr. Maznah Ismail
                            Alamat: Laboratori Bioperubatan Molekul, Institut Biosains   UPM
                                              Tel: 03-89456657
                                               Emel: maznah@medic.upm.edu.my / maznahis@upm.edu.my

  
Produk: Motosikal kuasa tinggi tiga roda

Penerangan:
DreamEDGE Sdn Bhd menyiapkan prototaip motosikal kuasa tinggi tiga roda yang menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Motosikal konsep yang hampir menyamai reka bentuk ‘superbike’ tiga roda terkenal, Can-Am Spyder itu dipertontonkan pada Pameran Motor Antara Lumpur (KLIMS13).

Info lanjut sila Hubungi: Khairil Adri Adnan
                           Alamat: DreamEDGE Sdn Bhd
                                         R & D Centre 4800-3A-7, Tingkat 4 Blok A1, Jalan Perdana, CBD                                                        Perdana, 63000  Cyberjaya, Selangor, Malaysia.
                                          Tel: +603.8320.3800
                                          Emel: info.my@dreamedge.jp




Produk: Komik Interaktif Mudah Alih Disleksia

Penerangan:
Komik Interaktif Mudah Alih Disleksia dihasilkan untuk membantu kanak disleksia belajar mata pelajaran di peringkat sekolah rendah dengan menggunakan pendekatan komik interaktif yang dihasilkan dalam bentuk aplikasi mudah alih yang senang dibawa kemana-mana.

Info lanjut sila Hubungi: Mohamed Ronaldi Salleh (Penyelidik UiTM), Dr Fattawi Mokhtar (Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka) dan Fadilahwati Abdul Rahman (Fakulti Pendidikan UiTM),


Alamat: Universiti Teknologi MARA