TEL:
03-9058 8550 / 9058 8999
FAKS: 03-90595777
EMEL: mailbox@tekun.gov.my
FB : http://fb.com/tekunnasional
TWITTER : http://twitter.com/TEKUNasional
FAKS: 03-90595777
EMEL: mailbox@tekun.gov.my
FB : http://fb.com/tekunnasional
TWITTER : http://twitter.com/TEKUNasional
Sejarah
Penubuhan :
TEKUN
Nasional atau nama lainnya Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga adalah merupakan
salah satu badan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani.
Sejarah penubuhan TEKUN Nasional bermula hasil daripada Konvensyen Ekonomi
Bumiputera Pulau Pinang pada 1994 yang bertujuan untuk memperuntukkan bantuan
berupa modal tambahan bagi usahawan kecil Bumiputera dalam membangunkan
perniagaan dengan lebih mudah dan cepat. TEKUN menjadi lebih luas apabila pada
tahun 1995, Universiti Sains Malaysia menjalankan projek perintis Tabung Ekonomi
Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Pulau Pinang dan seterusnya projek tersebut
dilaksanakan pula di daerah Jeli di Kelantan pada 1996 dan Besut Terengganu
pada 1997. Melihat kepada kejayaan TEKUN dalam projek-projek yang dijalankan,
maka pihak kerajaan telah sebulat suara memutuskan bahawa TEKUN akan
diperluaskan di seluruh negara atas tujuan membantu usahawan-usahawan kecil
Bumiputera. Bagi memastikan usaha TEKUN dapat diteruskan, Yayasan TEKUN
Nasional telah ditubuhkan lantas diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi (MECD) pada 9 November 1998 dan mula menjalankan operasi
seawal 1 Febuari 1999.
Bermula
daripada tarikh ini, TEKUN dapat berdiri dengan teguh dan mendapat sokongan
penuh daripada pihak kerajaan. Penambahbaikkan TEKUN terus dilakukan apabila
pada 12 Febuari 2008, Yayasan TEKUN telah diberi nama baru iaitu TEKUN Nasional
yang berfungsi dalam aspek pembangunan keusahawanan dan memberi perkhidmatan
sokongan selain terus menjadi agensi yang memberi pembiayaan kepada usahawan-usahawan
kecil Bumiputera. Akhir sekali, tanggal 1 April 2009 kerajaan telah meletakkan
TEKUN Nasional di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian & Asas Tani.
Apa yang pasti, sehingga kini TEKUN telah banyak membantu mana-mana usahawan
Bumiputera yang ingin membina perniagaan masing-masing.
Visi
TEKUN Nasional sebagai Institusi Strategik Pembiayaan Mikro dan Pembangunan Usahawan Yang Unggul.
TEKUN Nasional sebagai Institusi Strategik Pembiayaan Mikro dan Pembangunan Usahawan Yang Unggul.
Misi
Menyediakan Pembiayaan Mikro Dan Perkhidmatan Sokongan Pembangunan Keusahawanan.
Menyediakan Pembiayaan Mikro Dan Perkhidmatan Sokongan Pembangunan Keusahawanan.
Objektif
i.
Menyediakan pembiayaan usahaniaga secara mudah dan
cepat.
ii.
Menyediakan maklumat keusahawanan dan
peluang-peluang perniagaan.
iii.
Menyediakan khidmat bimbingan dan sokongan kepada
para usahawan yang menyertai program TEKUN.
iv.
Mewujudkan Komuniti Usahawan TEKUN yang berdaya usaha,
inovatif dan progresif serta jaringan perniagaan.
v.
Memupuk Budaya Keusahawanan di kalangan rakyat
Malaysia.
vi.
Menggalakkan Budaya Menabung di kalangan usahawan
TEKUN.
Skim
dan syarat pinjaman serta prosedur dalam TEKUN Nasional
Pinjaman
|
Jumlah
|
Tempoh Bayaran
|
Skim
Pinjaman Mikro ( SPM )
|
RM 1,000 – RM5,000
|
Sehingga 3 tahun
|
Skim
Pinjaman Mikro ( SPM )
|
>RM 5,000 – RM10,000
|
Sehingga 5 tahun
|
Skim
Pinjaman Kecil ( SPK )
|
>RM 10,000 – RM50,000
|
Sehingga 5 tahun
|
Skim
Pinjaman Sederhana ( SPS )
|
>RM 50,000 – RM100,000
|
Sehingga 10 tahun
|
1.
Tempoh bayaran balik
Tempoh
bayaran balik pinjaman adalah antara 6 bulan hingga 10 tahun.
2.
Cara bayaran balik
Peminjam WAJIB
datang membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau
menerusi BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek
Tertunda Tarikh.
3.
Bayaran pengurusan TEKUN
Usahawan
diminta membayar Sumbangan Tabung Pengurusan TEKUN sebanyak 4% daripada nilai
pinjaman setiap tahun sepanjang tempoh pinjaman. Bayaran sumbangan ini hendaklah
dibuat bersama dengan bayaran balik pinjaman.
4.
Bayaran proses dalam pinjaman
yang dipohon
Pinjaman
|
Bayaran
|
RM 1,000 – RM 5,000
|
RM 50
|
> RM 5,000 – RM 10,000
|
RM 100
|
> RM 10,000 – RM 20,000
|
RM 150
|
> RM 20,000 – RM 30,000
|
RM 200
|
> RM 30,000 – RM 40,000
|
RM 250
|
> RM 40,000 – RM 50,000
|
RM 300
|
> RM 50,000 – RM 100,000
|
RM 500
|
5.
Simpanan dalam atau semasa proses
pinjaman
Usahawan
diminta untuk membuat simpanan sebanyak 5% daripada nilai pinjaman setiap
tahun. Simpanan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pinjaman.
6.
Perlindungan Insuran
Usahawan
TEKUN akan mendapat perlindungan di bawah Insuran Pinjaman dan Insuran Hayat
& Kemalangan (peminjam) yang ditetapkan oleh TEKUN Nasional dalam tempoh
pinjaman.
7.
Syarat kelayakan asas pinjaman TEKUN
Nasional
a. Bumiputera dan Masyarakat India
(Program Khas Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India - SPUMI)
b. Berumur 18 – 65 tahun.
c. Telah menjalankan perniagaan atau
mempunyai cadangan atau rancangan perniagaan usaha niaga yang berpotensi dan
berdaya maju.
d. Mempunyai lesen / Permit /
Daftar Perniagaan yang sah (Pinjaman di bawah RM 5,000 tidak perlu Pendaftaran
Perniagaan [ SSM ]).
e. Mempunyai tempat / lokasi
perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak (mobile).
f.
Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan (Pinjaman
sehingga RM 5,000 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang berniaga secara
sambilan)
g. Satu pinjaman bagi satu isi rumah
(kecuali perniagaan yang berasingan dan rekod bayaran balik yang baik bagi
isirumah).
h. Bayaran balik pinjaman RM 20,000
sehingga RM 100,000 menggunakan bayaran Cek Tertunda Tarikh (Post- Dated
Cheque).
i.
Bayaran balik satu bulan permulaan akan ditolak daripada pinjaman yang
diluluskan.
j.
Pemohon yang ingin memulakan perniagaan dikehendaki mempunyai modal
sendiri sebanyak 20% daripada keperluan pinjaman / perniagaan sebagai komitmen
untuk menjalankan perniagaan (kecuali permohonan di kalangan siswazah).
k. Pinjaman perniagaan sedia ada
tidak melebihi RM 100,000.
8.1. Skim Pinjaman TEKUN (SPT), untuk pinjaman
RM10,000 kebawah.
8.1.1. Pinjaman RM 5,000 dan ke bawah
a. Warganegara Malaysia dan Bumiputera.
b. Umur 18 – 65 tahun.
c. Sumbangan Pengurusan 4% setahun dan
simpanan wajib sehingga 5% setahun.
d. Tidak perlukan pendaftaran
perniagaan.
e. Lesen PBT (sekiranya ada).
f. Tempoh kelulusan dan penyaluran pinjaman
dalam masa 7 hari.
g. Kelulusan pinjaman di peringkat
Kawasan.
h. Tempoh bayaran balik sehingga 3 tahun.
i. Penyaluran pinjaman secara autodebit.
j. Perniagaan sambilan atau sepenuh
masa.
k. Usahawan hanya dibenarkan untuk mendapatkan satu
pinjaman dalam satu masa.
l. Borang Maklumat Asas Perniagaan (JPP 06)
wajib diisi.
m. Wajib hadir Seminar / Kursus Asas
Keusahawanan (SAK / KAK)
n. Peminjam WAJIB datang membuat bayaran
balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi BSN, Maybank, Bank
Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek Tertunda Tarikh ( sekiranya
ada ).
8.1.2.
Pinjaman > RM 5,000 – RM 10,000
a. Warganegara Malaysia dan
Bumiputera.
b. Umur 18 – 65 tahun.
c. Sumbangan Pengurusan 4% setahun
dan simpanan wajib 5% setahun.
d. Perlu pendaftaran perniagaan
(Sabah dan Sarawak boleh dikecualikan).
e. Perlu lesen PBT (jika berkenaan).
f.
Tempoh kelulusan dan penyaluran pinjaman dalam masa 14 hari.
g. Tempoh bayaran balik sehingga 5
tahun.
h. Penyaluran pinjaman secara autodebit.
i.
Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa (separuh masa boleh
dipertimbangkan).
j.
Usahawan hanya dibenarkan untuk mendapatkan satu pinjaman dalam satu
masa.
k. Borang maklumat asas perniagaan
JPP 06 wajib diisi.
l.
Wajib hadir Seminar / Kursus Asas Keusahawanan (SAK / KAK).
Peminjam WAJIB datang membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat
TEKUN Kawasan atau menerusi BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos
Malaysia atau menerusi Cek Tertunda Tarikh ( sekiranya ada ).
8.2.
Skim Pinjaman Kecil (SPK), untuk
pinjaman dari RM10,000 sehingga RM50,000
a. Warganegara Malaysia dan
Bumiputera.
b. Umur 18 – 65 tahun.
c. Had pinjaman melebihi RM
10,000 sehingga RM 50,000.
d. Tempoh bayaran balik sehingga 5
tahun.
e. Sumbangan Pengurusan sehingga 4%
setahun dan simpanan wajib 5% setahun.
f.
Tempoh kelulusan dan penyaluran pinjaman dalam masa 21 hari.
g. Perlu pendaftaran perniagaan atau
syarikat.
h. Perlu lesen PBT (sekiranya
berkaitan).
i.
Perniagaan yang dijalankan secara sepenuh masa.
j.
Kelulusan pinjaman atas nama syarikat dan rakan kongsi bagi
pinjaman RM20,000 dan ke atas (100% milik Bumiputera).
Pinjaman kurang RM20,000 menggunakan nama individu.
k. Penyaluran pinjaman menerusi autodebit
(pinjaman kurang RM20,000) atau cek.
l.
Kertas Rancangan Perniagaan (KRP) wajib dikemukakan.
m. Kelayakan permohonan bagi tempoh
penubuhan dan operasi syarikat adalah melebihi 6 bulan beroperasi.
n. Usahawan hanya dibenarkan untuk
mendapatkan satu pinjaman dalam satu masa.
o. Mengemukakan penyata akaun
bank (3 bulan terakhir).
p. Wajib hadir Seminar / Kursus Asas
Keusahawanan (SAK / KAK)
q. Peminjam WAJIB datang
membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi BSN,
Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek Tarikh
Tertunda (CTT) (pinjaman RM 20,000 dan ke atas, wajib mengemukakan CTT,
sekurang-kurangnya 12 keping)
Had modal berbayar tidak melebihi RM 100,000 (Modal berbayar
melebihi RM100,000 boleh dipertimbangkan).
8.3.
Skim Pinjaman Sederhana (SPS),
untuk pinjaman dari RM50,000 sehingga RM100,000
a. Warganegara Malaysia dan
Bumiputera.
b. Umur 18 – 65 tahun.
c. Had pinjaman melebihi RM50,000 sehingga
RM100,000.
d. Tempoh pinjaman sehingga 10 tahun.
e. Sumbangan Pengurusan 4% setahun
dan simpanan wajib 5% setahun.
f.
Tempoh kelulusan dan penyaluran pinjaman dalam masa 30 hari .
g. Perlu lesen PBT (sekiranya
berkaitan).
h. Penyaluran pinjaman menerusi
cek.
i.
Kadar yuran proses bagi pinjaman melebihi RM50,000 hingga RM100,000
adalah RM500.
j.
Permohonan dan kelulusan kepada syarikat atau perniagaan
berdaftar.
k. Syarikat / perniagaan milik
100% Bumiputera.
l.
Kelayakan permohonan bagi tempoh penubuhan dan operasi syarikat adalah melebihi
6 bulan beroperasi.
m. Keutamaan kepada Usahawan
TEKUN sedia ada yang mempunyai prestasi perniagaan dan rekod bayaran balik
yang baik (pertimbangan juga boleh diberikan kepada pemohon yang bukan dari
kalangan Usahawan TEKUN yang mempunyai prestasi perniagaan yang baik)
n. Semakan kredit wajib dilaksanakan
(Pinjaman perniagaan sedia ada tidak melebihi RM100,000 dan mempunyai prestasi
bayaran balik yang baik)
o. Usahawan hanya dibenarkan untuk
mendapatkan satu pinjaman dalam satu masa.
p. Surat makluman penyaluran
pinjaman akan dikemukakan kepada syarikat sekiranya cek pinjaman telah
diserahkan sebagai rujukan dan pengesahan syarikat.
q. Wajib mengemukakan Kertas
Rancangan Perniagaan (KRP).
r.
Had modal berbayar tidak melebihi RM 300,000 (Modal berbayar
melebihi RM300,000 boleh dipertimbangkan).
s. Mengemukakan penyata akaun bank (3
bulan terakhir).
t.
Wajib hadir Kursus Pengurusan Perniagaan (KPP).
Peminjam WAJIB membuat bayaran balik pinjaman hanya menerusi Cek
Tarikh Tertunda (CTT) - 24 keping
8.4.
Skim Pembangunan Usahawan
Masyarakat India (SPUMI), untuk pinjaman dari RM1,000 sehingga RM100,000 bagi
masyarakat India
a. Warganegara Malaysia dan
Masyarakat India.
b. Umur 18 – 65 tahun.
c. Had pinjaman RM1,000 sehinggga
RM100,000.
d. Tempoh bayaran balik sehingga 10
tahun.
e. Pinjaman di bawah RM20,000,
penyaluran pinjaman melalui individu. Penyaluran pinjaman melebihi RM20,000 disalurkan
atas nama syarikat (100% milik Bangsa India).
f.
Sumbangan Pengurusan 4% setahun dan Simpanan Wajib 5%
setahun.
g. Tempoh kelulusan :
i.
Pinjaman di bawah RM5,000 - 7 hari
ii.
Pinjaman > RM5,000 - RM10,000 - 14 hari
iii. Pinjaman > RM10,000 - RM50,000
- 21 hari
iv. Pinjaman > RM50,000 -
RM100,000 - 30 hari
h. Perlu pendaftaran perniagaan atau
syarikat (pinjaman di bawah RM5,000 tidak memerlukan pendaftaran perniagaan).
i.
Perlu lesen PBT (sekiranya berkaitan).
j.
Penyaluran pinjaman menerusi cek atau autodebit.
k. Perniagaan sambilan / sepenuh
masa.
l.
Usahawan hanya dibenarkan untuk mendapatkan satu pinjaman dalam satu
masa.
m. Sumbangan Pengurusan 4%
setahun dan Simpanan Wajib 5% setahun.
n. JPP06 / Kertas Rancangan
Perniagaan (KRP) wajib dikemukakan.
o. Had modal berbayar tidak melebihi
RM300,000 (Modal berbayar melebihi RM300,000 boleh dipertimbangkan).
p. Wajib hadir Seminar / Kursus Asas
Keusahawanan / Kursus Pengurusan Perniagaan (SAK / KAK / KPP)
8.5.
Skim Pinjaman Usahawan Veteran –
ATM (SPUV), untuk pinjaman dari RM1,000 sehingga RM50,000 bagi veteran atau
bekas tentera.
a. Warganegara Malaysia dan
Bumiputera atau Masyarakat India.
b. Umur 18 – 65 tahun.
c. Had pinjaman melebihi RM1,000 sehingga RM50,000.
d. Tempoh pinjaman sehingga 5 tahun.
e. Sumbangan Pengurusan dibiayai
oleh Kerajaan dan Simpanan Wajib 5% setahun.
f.
Perlu pendaftaran perniagaan atau syarikat.
g. Perlu lesen PBT (sekiranya
berkaitan).
h. Sokongan dan pengesahan daripada
PERHEBAT.
i.
Tempoh kelulusan 21 hari.
j.
Penyaluran pinjaman menerusi cek atau auto debit.
k. Perniagaan dijalankan secara
sepenuh masa.
l.
Usahawan hanya dibenarkan untuk mendapatkan satu pinjaman dalam satu
masa.
m. Borang JPP 06 wajib dikemukakan.
n. Mengemukakan penyata akaun bank
(3 bulan terakhir).
o. Had modal berbayar tidak melebihi
RM 100,000 (Modal berbayar melebihi RM100,000 boleh dipertimbangkan).
p. Wajib hadir Seminar / Kursus Asas
Keusahawanan (SAK / KAK)
Peminjam WAJIB datang membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat
TEKUN Kawasan atau menerusi BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos
Malaysia atau menerusi Cek Tarikh Tertunda (CTT) (pinjaman RM 20,000 dan ke
atas, wajib mengemukakan CTT, sekurang-kurangnya 12 keping)
9.
Penerapan bidang-bidang
perniagaan bagi para peminjam
9.1. Peruncitan & Perniagaan
9.2. Perkhidmatan
9.3. Pertanian
9.4. Penternakan dan Akuakultur
9.5. Pembuatan
9.6. Pendidikan
9.7. Pengangkutan
9.8. Pelancongan dan rekreasi
9.9. Pemborongan
9.10. Pembinaan kecil
Tempat
/ Lokasi :
a. Ibu Pejabat
TEKUN
NASIONAL
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
No 2, Jalan Tasik Selatan 4,
Bandar Tasik Selatan,
57000 Kuala Lumpur.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
No 2, Jalan Tasik Selatan 4,
Bandar Tasik Selatan,
57000 Kuala Lumpur.
b. Negeri – negeri
NEGERI
|
ALAMAT PEJABAT
NEGERI
|
|
JOHOR
|
TEKUN
NASIONAL
PEJABAT NEGERI JOHOR NO. 66, JALAN PADI 1 BANDAR BARU UDA 81200 JOHOR BHARU, JOHOR DARUL TAKZIM TEL : 07-2351466/ 07-2371227/ 07-2371337 FAKS : 07-2351596 (U.P : En Zainal Bin Rahmat) |
|
MELAKA
|
TEKUN
NASIONAL
PEJABAT NEGERI MELAKA NO12,ARAS 2, BANGUNAN KOTA CEMERLANG 75450 AYER KEROH, MELAKA. TEL: 06-2328700 FAKS : 06-2328757 TEL/ FAKS : 06-2328050 (U.P : En. Anuar Abu Zarin) |
|
NEGERI SEMBILAN
|
TEKUN
NASIONAL
PEJABAT NEGERI SEMBILAN
NO. 1, TKT
2 DAN 3, JALAN DURIAN EMAS 2,
OFF JALAN
DATO' SIAMANG GAGAP,
BETARIA BUSINESS CENTRE,
70400 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
TEL :
06-7615 943
FAKS :
06-7615 944
(U.P : Pn. Zuraidah Mat Jinal) |
|
SELANGOR
|
TEKUN
NASIONAL
PEJABAT NEGERI SELANGOR TINGKAT 3, NO.28 JALAN TENGKU AMPUAN ZABEDAH 9/D SEKSYEN 9, 40100 SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN TEL : 03 - 55127060 / 03 - 55127041 / 03 - 55199580 FAX : 03 - 55127050 (U.P : En. Faizal Amini M. Yunus) |
|
WILAYAH PERSEKUTUAN
(KUALA LUMPUR) |
TEKUN
NASIONAL
PEJABAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR NO. 2, JALAN TASIK SELATAN 4, BANDAR TASIK SELATAN, 57000 KUALA LUMPUR TEL : 03-9106 1595 / 03-9106 1594 / 03- 9106 1591 (U.P : En. Muhamad Zamani Razali) |
|
PERAK
|
TEKUN
NASIONAL
PEJABAT NEGERI PERAK 24 & 26, MEDAN ISTANA 7, BANDAR IPOH RAYA 30000 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN TEL : 05-2495710/11/12 / FAKS : 05-2541901 (U.P : En. Mohd Anuar Salleh) |
|
PULAU PINANG
|
TEKUN
NASIONAL
PEJABAT NEGERI PULAU PINANG 11-1,BANGUNAN WAKAF SEETEE AISAH TAMAN WAKAF SEETEE AISAH JALAN WAKAF SEETEE AISAH 13700 PERAI PULAU PINANG TEL : 04-3838371, 04-3838502 FAKS : 04-3838891 (U.P : En. Mohd. Suhaimi Ismail @ Sharif) |
|
KEDAH
|
TEKUN
NASIONAL
PEJABAT BUSINESS CENTRE TEKUN NASIONAL NEGERI KEDAH NO 243, TINGKAT 2, KOMPLEKS SHAHAB PERDANA JALAN SULTANAH SAMBUNGAN 05150 ALOR SETAR, KEDAH DARULAMAN TEL / FAKS : 04-7327609 / 04-7347608 (U.P : Ibrahim Bin Arifin) |
|
PERLIS
|
TEKUN
NASIONAL
PEJABAT NEGERI PERLIS
NO. 1L
JALAN ARAU - KODIANG
TAMAN
UTARA (FASA II) GUAR SANJI
02600
ARAU, PERLIS
TEL : 04-9868186/87 FAKS: 04-9868188 (U.P : En. Azri Adin) |
|
KELANTAN
|
TEKUN
NASIONAL
PEJABAT TEKUN NEGERI KELANTAN NO. 29 & 31, SEKSYEN 20 WAKAF SIKU, JLN SULTAN YAHYA PETRA 15200 KOTA BHARU, KELANTAN DARULNAIM TEL : 09-7418523 (Pejabat Negeri) TEL : 09-7418525 (Business Centre) FAKS : 09-7418524 (U.P : En. Che Othman Che Wil @ Ismail) |
|
TERENGGANU
|
TEKUN
NASIONAL
PEJABAT NEGERI TERENGGANU TINGKAT 1, BANGUNAN UMNO BAHAGIAN KUALA TERENGGANU 220, JALAN SULTAN MUHAMAD, GONG KAPAS 21100 KUALA TERENGGANU TERENGGANU. NO TEL: 09-6309761/62/63 NO FAX:09-6309760 |
|
PAHANG
|
TEKUN
NASIONAL
PEJABAT NEGERI PAHANG NO. 17, TINGKAT 1 JALAN AHMAD SHAH 28000 TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR TEL : 09-2901744/43/42 / FAKS : 09-2962085 TEL BC : 09-2901740 (U.P : En. Hassan Anuar ) |
|
SABAH
|
TEKUN
NASIONAL
PEJABAT NEGERI SABAH & BUSINESS CENTRE TINGKAT 3,14-4;15-4 BLOK C, HARBOUR CITY, SEMBULAN 88000 JALAN PANTAI ,KOTA KINABALU, SABAH NEGERI DIBAWAH BAYU TEL : 088 - 448 303 ( PENGURUS NEGERI) : 088 - 448 305 ( PEJABAT NEGERI ) : 088 - 448 306 ( BUSINESS CENTRE) FAKS : 088-448 310 (U.P : En. SALIM ABIDIN) |
|
SARAWAK
|
TEKUN
NASIONAL
PEJABAT NEGERI SARAWAK & KAWASAN PARLIMEN BANDAR KUCHING LOT 578, SEKSYEN 10, TINGKAT 1 JALAN TUN AHMAD ZAIDI ADRUCE 93400 KUCHING, SARAWAK TEL : 082-410972 / FAKS : 082-428264 & TEL / FAKS : 082-417354 (U.P : En. Roslan Ais) |
|
c. Alamat Pejabat Kawasan
Kawasan tumpuan perindustrian
dan kawasan potensi perniagaan.
Rujukan :
Adakah anda memerlukan pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
ReplyDelete* Pemindahan Sangat cepat dan serta-merta ke akaun bank anda
* Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
akaun bank
* Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
* Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
* Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
*. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas menghantar permohonan pinjaman
Anda boleh mengharapkan jawapan awal kurang daripada 24 jam
pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
dari awak.
Hubungi syarikat ini sah dan berlesen, yang diberi kuasa
untuk memberi bantuan kewangan kepada Everybody
Maklumat dan permohonan pinjaman lebih bentuk
email: cashfirmarena@gmail.com
Selamat sejahtera
Sir Joel Williams
FIRM TUNAI PINJAMAN SYARIKAT
Ketua Pegawai Eksekutif
TEL: +60183723787
E-mel: cashfirmarena@gmail.com
Webisite: cashfirmarena.wordpress.com
Berikut adalah penyelesaian terbaik untuk kebebasan kewangan, membuat tahun anda berjaya dengan melawat perkhidmatan pinjaman christian christian di mana anda boleh mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan impian anda tanpa tekanan dan mendapatkan pinjaman anda diluluskan dalam beberapa hari .. Adakah anda sedang mencari pinjaman ? Atau adakah anda telah menolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk satu atau lebih sebab? Anda mempunyai tempat yang tepat untuk penyelesaian pinjaman anda di sini! Kami memberi pinjaman kepada syarikat dan individu pada kadar faedah yang rendah dan berpatutan sebanyak 2%. Sila hubungi kami melalui e-mel hari ini melalui christianmorganloanservices@gmail.com
ReplyDeleteDATA PEMOHON:
1) Nama Penuh:
2) Negara:
3) Alamat:
4) Negara:
5) Seks:
6) Status Perkahwinan:
7) Kerja:
8) Nombor Telefon:
9) Kedudukan di tempat kerja:
10) Pendapatan bulanan:
11) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
12) Tempoh Pinjaman:
13) Pinjaman Faedah:
14) Agama:
15) Pernahkah anda memohon sebelum ini?
16) Tarikh lahir;
Terima kasih,
Puan Christian