Tuesday, 30 December 2014

Perbentangan Projek

Assalamualaikum w.b.t...

Pada 28/12/2014 telah berlangsungnya satu acara gilang gemilang yang mana para bakal-bakal usahawan yang berjaya (InsyaALLAH) telah membentangkan idea-idea mereka yang telah mereka adapatasi daripada apa yang telah dipelajari sepanjang semester. Pelbagai produk, servis yang telah ditawarkan TETAPI  yang penting kesemuanya adalah idea -idea yang fresh dan sebilangannya belum pun ada di dalam pasaran lagi. Semua kumpulan bersungguh-sungguh berusaha bagi merebut Piala Pusingan dan juga trofi yang hanya di nobatkan kepada pemenang yang pertama. 

Konsep perbentangan yang lain dari yang lain menyebabkan kami lebih bersemangat kerana penyarah telah menggunakan konsep karnival usahawan. Semua kumpulan telah membuka booth-booth dan para CEO dan seorang ahli kumpulan akan melawati setiap booth yang ada bagi mendengar penerangan setiap kumpulan.

Alhamdulillah SUPERB DESIGN telah mendapat tempat kedua bagi perbentangan ini. Walaupun agak terkilan kerana tidak dapat menang trofi dan piala pusingan tetapi kami tetap berpuas hati kerana semua ahli kumpulan telah berusaha bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik bagi memenangi acara ini. Dan yang paling penting, bukan sahaja kemenangan yang di cari, malah ilmu-ilmu yang telah dipelajari dapat digunakan sepenuhnya pada hari itu dan di harap pada masa-masa yang akan datang. Ape pun mari kita layang gambar-gambar sekitar pertandingan. zassss..

Peneraju Superb Design Technology Sdn Bhd 


Poster Produk Superb Design

CMO dan COO Superb Design

Pebentangan Idea kepada CEO Syarikat lain


COO bersama CMO

COO bersama CFO

 Company sebelah...hehehe
   
Ahli-Ahli Lembaga Pengarah bersama pensyarah


COO Bersama COO Iradat Sdn Bhd

Dengan berakhirnya perbentangan produk, maka dengan rasminya tamatlah sudah kelas Keushawanan IT bagi semester ini. Di harap apa yang telah dipelajari oleh semua rakan-rakan dapat diadaptasi di dalam kehidupan di masa kini dan yang akan datang. 

Sekian, Wassalam

Monday, 29 December 2014

Saturday, 27 December 2014

Business Idea - Superb Profi

Projek : Idea Perniagaan

SUPERB PROFI



 Idea Bisnes, Rekabentuk dan Poster ( Business Idea/Product Design/Poster )

Idea Bisnes

  • Permasalahan??
    • Pengguna perlu membawa pelbagai peranti dalam satu masa.
    • Bateri telefon atau peranti cepat habis
    • Tiada akses internet apabila di luar kediaman atau pejabat.
    • Perlu menggunakan komputer bagi pemindahan /simpanan data yang bersaiz besar.
  • Idea
    • mencipta satu peranti yang menggabungkan beberapa fungsi seperti storan luaran, powerbank dan juga MiFi (internet mudah alih) bagi memudahkan pengguna ketika berada jauh dari kediaman.
    • Pemindahan data tanpa memerlukan komputer dan kabel tetapi selamat.

Nama & Rekabentuk Produk

  • Nama Produk : Superb ProFi
    • Nama Produk dipilih sempena nama syarikat iaitu Superb dan profi yang menggabungkan  dua perkataan iaitu professional WiFi/MiFi.
  • Rekabentuk Produk adalah seperti berikut :
    • Pandangan Hadapan :
    • Pandangan Sisi 


Poster




 Penerangan Produk ( Product/Service Description )

Kelebihan dan keunikan Produk

  • Menggabungkan 3 fungsi dalam satu peranti :
    • Ruangan Storan
    • Powerbank
    • MiFi (internet mudah alih)
  • Rekabentuk kompak dan premium.
  • Tahan lasak dan kalis air.
  • Peranti mesra pengguna.
  • Pemindahan data tanpa wayar
  • Menghubungkan sehingga 10 peranti dalam satu masa.
  • Internet mudah alih yang boleh dikongsi 10 peranti satu masa.

Spesifikasi Produk

  • Storan Luaran
    • Storan : 256 GB, 500 GB, 1 TB (SSD)
    • Menyokong USB 2.0 dan 3.0 (fast transfer)
    • Menyokong pemindahan data tanpa wayar (sehingga 10 peranti)
  • Powerbank
    • Powerbank : 30,000 Mah (fast charging)
    • Output : 1.0A, 2.1A
  • MiFi
    • Menyokong teknologi 2G, 3G dan 4G LTE MiFi (sehingga 100Mbps)
    • Menggunakan mini sim bagi perkhidmatan internet.
    • Kelajuan data sehingga 100Mbps.
    • Internet boleh dikongsi sehingga 10 peranti.
  • Berat : 200g
  • Mod Sedia : Sehingga 12 hari (penggunaan minimum)
  • Penggurnaan maksimum  sehingga 3 hari.
  • Pakej mengandungi :
    • Micro USB x 1
    • Case x 1
    • User manual x 1
    • Power adaptor x 1
Potensi & Strategi Pasaran ( Market Potential & Strategies )

Sasaran Pasaran

  • Ahli perniagaan
  • Journalis ( wartawan, bloggers, jurugambar)
  • Pengembara
  • Pelajar

Potensi Pasaran

Setelah mengenalpasti pasaran sedia ada, kami yakin sasaran pengguna yang dipilih berpotensi dan cenderung untuk memiliki produk Superb ProFi yang terbaru ini. Ini kerana masyarakat sekarang telah celik kepada teknologi maklumat masa kini dan tiada masalah jika produk ini dihasilkan.  Disamping itu, kepesatan penggunaan telefon pintar yang memerlukan akses internet dan bateri yang cepat habis menyumbang kepada pengeluaran produk ini kerana telah menawarkan hampir semua keperluan di dalam satu peranti.Lantaran itu dapat memudahkan aktiviti atau pekerjaaan masyarakat masa kini. 


Perancangan Pasaran dan Strategi Pemasaran

  • Memberi fokus kepada pasaran atas talian seperti :
    • Laman web rasmi Superbdesign Technology Sdn Bhd
    • Lazada
    • Lelong
  • Premis-premis perniagaan yang terpilih seperti :
    • Harvey Norman
    • IT Hyperstore
  • Agen-agen yang terpilih

Kemungkinan Perniagaan & Daya Saing ( Commercial Feasibility & Vialibility )

Produk ini dijamin dapat menembusi pasaran kerana pengguna boleh membelinya secara online dan juga di kedai-kedai utama.

Produk ini diyakini dapat menembusi pasaran dengan mudah kerana produk ini merupakan yang pertama di Malaysia. Kemungkinan pasaran adalah tinggi terutamanya di bandar yang mempunyai ramai penduduk yang bekerjaya dan juga orang yang sentiasa memerlukan sambungan internet di mana-mana.

Model Perniagaan ( Business Model )

Strategi Teras

a)      Misi Perniagaan

  • Memberi kepelbagaian kemudahan dan keselesaan kepada pengguna tidak kira di mana jua berada.
  • Menggunakan teknologi terbaru dan mencipta teknologi dalam menyelesaikan masalah dan kehendak pengguna.
b)      Skop

  • Peranti mobiliti masakini.
c)       Asas Pembezaan

  • Pengguna boleh membuat pembelian samada diatas talian mahupun mendapatkannya di kedai-kedai yang tertentu.

Sumber Strategik

a)      Teras

  • Menghasilkan produk yang dapat memberikan penyelesaian dan permasalahan masyarakat masakini.
b)      Aset strategik

  • Penghantaran akan dibuat ke alamat yang dinyatakan oleh pembeli sekiranya membuat pembelian secara atas talian. Dan jangka masa bagi setiap penghantaran adalah kurang dari 5 hari bergantung kepada lokasi pembeli.
  • Lokasi yang strategi di mana pembeli mudah untuk mendapatkan kerana terletak di lokasi yang selalu dikunjungi oleh pembeli perkakasan berasaskan komputer dan teknologi.
Rangkaian Perkongsian

Kedai-kedai komputer yang terpilih dan pasaraya besar yang ada di Malaysia di mana mempunyai rangkaian cawangan tersendiri.

Pelanggan

a.       Pelanggan Sasaran

  • Ahli perniagaan
  • Journalist (Wartawan, bloggers, jurugambar)
  • Pengembara
  • Pelajar
  • Pengemar gadjet-gadjet masa kini
b.      Sokongan dan prestasi

  • Mempunyai sistem jualan atas talian yang selamat
  • Menggunakan syarikat penghantaran yang efisyen dan sistematik.
  • Mempunyai perkidmatan operator khidmat pelanggan untuk sebarang masalah yang dihadapi pengguna.

c.       Struktur harga
  • Harga berdasarkan kepada kelebihan setiap peranti yang dihasilkan.
  • Pembayaran menggunakan kredit kad, debit kad dan tunai.

Business Model - Sate Kajang Hj. Samuri

Components of Business Model


1.       Core Strategy

a)      Business Mission
-          Menyediakan dan membekalkan pelbagai jenis sate ( cth:ayam, daging, kambing, rusa, arnab dll)
-          Menjadi peneraju makanan tradisional melayu

b)      Product/Market Scope
-          Produk – sate

c)       Basis for differentiation
-          Pilihan sate yang pelbagai
-          Kuah Sate
-          Menyediakan sate sejuk beku
-          Banyak cawangan

2.       Strategy Resources

a)      Core Competencies
-          Resipi perapan sate yang berbeza dari sate lain.

b)      Strategic assets
-          Mempunyai banyak cawangan – lokasi yang sangat strategic (cthnya R&R)
-          Jenama yang dikenali ramai.
-          Menyediakan servis katering
-          Membekalkan sate sejuk beku kepada pengusaha lain ( cth :hotel)



3.       Partnership Network
-          Pembekalan daging

4.       Customer Interface

a)      Target Customer
-          Penggemar-penggemar sate
-          Individu atau organisasi yang ingin mengadakan jamuan kecil atau besar ( Cth : jamuan hari raya)

b)      Fulfillment and Support
-          Membuka banyak cawangan
-          Menyediakan sate sejuk beku
-          Membuat penghantaran untuk tempahan yang banyak
-          Mempunyai bilangan pekerja yang ramai.

c)       Structure
-          Menjual dengan harga yang bersesuaian dengan kualiti produk

-          Pembayaran menggunakan cash atau credit card. 

BUSINESS PLAN - KEDAI PERCETAKAN

RANCANGAN PERNIAGAAN BUMI SAFAS ENTERPRISE 
MOHD FAUZI BIN ABDUL KADIR SUHAILI

BUSINESS PLAN - BAKERI

RANCANGAN PERNIAGAAN NOR ZAREEN BAKERY
MOHD ZUBAIDI BIN MAT JUNOH

Friday, 26 December 2014

Business Plan - Makanan Sejuk Beku

 RANCANGAN PERNIAGAAN D'ZAFRAN ENTERPRISE 

Untuk : Muhammad Syaza Safwan Bin Ya'acob


Tarikh disiapkan
15 Mei 2006 -15 Sept 2006


KANDUNGAN

RINGKASAN EKSEKUTIF

KANDUNGAN
  1. PENGENALAN
  2. TUJUAN KERTAS KERJA
  3. PROFAIL PERNIAGAAN
  4. PROFAIL PEMILIK
  5. SKOP PERNIAGAAN
  6. RANCANGAN PENGURUSAN
  7. RANCANGAN TEKNIKAL dan PENGELUARAN
  8. PEMASARAN
  9. ASPEK KEWANGAN
  10. JUSTIFIKASI dan PENUTUP LAMPIRAN

1.0 PENGENALAN 

1.1     Industri makanan sejuk beku (frozen foods) dan konfeksioneri (confectionery) merupakan bidang yang semakin berkembang di Malaysia. Produk makanan yang berasaskan konfeksioneri seperti bakeri dan pastri (contohnya roti, kek, pizza dan biskut bakar) dan sejuk beku (contohnya karipap, sandwic, popia dan samosa) ini semakin menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang memerlukan makanan yang ringkas juga berkhasiat.

1.2     Bermula dengan minat yang mendalam terhadap pembuatan makanan berbentuk konfeksioneri (seperti bakeri dan pastri) kemudian pula disusuli dengan hasilan makanan sejuk-beku (seperti karipap, sandwic, popia dan samosa), serta tempahan yang diterima secara kecil-kecilan daripada saudara dan rakan terdekat, kami telah membuat keputusan untuk mengorak langkah secara serius dan seterusnya bercadang menubuhkan syarikat D'Zafran Enterprise serta akan mendaftarkan syarikat ini secara rasmi pada Januari 2007.

1.3     Premis perniagaan yang ditinjau berpotensi terletak di lot kedai kawasan perumahan di Taman Seri Gombak. Peluang ini membolehkan kami menambahkan lagi usaha bagi menyediakan pelbagai jenis makanan konfeksioneri dan sejuk-beku untuk jualan. Selain daripada itu pemilik bakal menyediakan khidmat tempahan dan khidmat hantaran terus ke rumah mahupun pejabat. Premis ini turut dijadikan pusat pembekalan produk makanan sejuk-beku dan bakeri untuk café dan kantin kawasan sekitarnya.

1.4     Secara ringkasnya pemilik telah menyertai kursus asas pembuatan pastri seperti karipap, roti, pizza dan kek di BAGUS Baking Center, Shah Alam dan cawangannya di Taman Melawati, yang menyentuh teknik dan kaedah yang betul dalam industri konfeksioneri (confectionery) meliputi kek, pastri, roti, coklat dan hiasan buah-buahan. Prestasi yang baik dan sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan meyakinkan pemilik untuk menambah peralatan dan kelengkapan pengeluaran yang lebih efisyen. Justeru, melalui pembiayaan sebanyak RM30,000.00 (Rgt TIGA PULUH RIBU), perniagaan ini dapat diperkembangkan lagi.

1.5     Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai usahawan bumiputra dalam memperluaskan produk makanan halal, D'Zafran Enterprise berharap dapat menjadi syarikat berdaya saing dan maju, seterusnya dapat memperkembangkan lagi perniagaan kami.


2.0 TUJUAN KERTAS KERJA 

2.1     Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan perancangan perniagaan D'Zafran Enterprise yang menjalankan perusahaan makanan konfeksioneri dan sejuk-beku memfokuskan aspek pengurusan, pemasaran, perkhidmatan dan kewangan syarikat kepada pihak MARA dan seterusnya memohon pembiayaan berjumlah RM30,000.00 (Rgt TIGA PULUH RIBU).

2.2     Tempoh pembiayaan adalah selama 5 (LIMA) tahun dan pemohon turut memohon tempoh bernafas selama 2 (DUA) bulan. Kos pelaburan projek adalah sebanyak RM80,000.00 (Rgt LAPAN PULUH RIBU) merangkumi sebanyak RM50,000.00 (Rgt LIMA PULUH RIBU) adalah daripada modal awal pemohon manakala baki RM30,000.00 (Rgt TIGA PULUH RIBU) yang perlu dimohon melalui permohonan pembiayaan perniagaan ini.

2.3     Tujuan pembiayaan ini untuk kos disenaraikan seperti berikut:


Perkara
Nilai (RM)
1. Struktur kedai
15,000.00
2. Oven
3,000.00
3. Mixer
2,000.00
4. Mesin tunai
500.00
5. Working table
1,000.00
6. Trolley
1,000.00
7. Freezer
5,000.00
8. Tray
500.00
9. Induction stove
1,000.00
10. Bahan mentah asas
1,000.00
Jumlah
30,000.00

2.4     Pengiraan pembayaran dan nilai ansuran pokok bulanan yang dirancang adalah sebanyak RM500.00 (Rgt LIMA RATUS) sebulan selama 5 (LIMA) tahun dengan faedah sebanyak 5% (LIMA PERATUS). Butir-butir terperinci adalah seperti berikut:

2.4.1 Nilai Pembiayaan : RM30,000.00
2.4.2 Kadar Keuntungan : 5%
2.4.3 Keuntungan Pembiayaan : RM1,500.00 setahun
2.4.4 Jumlah Pembiayaan : RM6,000.00 setahun
2.4.5 Bayaran Balik Bulanan : RM625.00 sebulan


3.0 PROFAIL PERNIAGAAN 

3.1 Nama Syarikat : D'ZAFRAN Enterprise

3.2 Alamat Syarikat : 43, Jalan SG 6/15 Taman Seri Gombak 68100 Batu Caves Selangor

3.3 Alamat Operasi : 95, Jalan SG 3/1 Taman Seri Gombak 68100 Batu Caves Selangor (cadangan)

3.4 Alamat E-mel :

3.5 No.Tel/Fax :

3.6 No. Daftar Perniagaan :     Januari 2007 [cadangan]

3.7 Tarikh Daftar Niaga :     Januari 2007 [cadangan]

3.8 Aktiviti Perniagaan : Produk makanan konfeksioneri dan sejuk-beku

3.9 Pemilikan : Pemilikan Tunggal (100% Bumiputera )

3.10 Modal Permulaan :     RM50,000.00

3.11 Bank Berurusan :     Maybank [cadangan]

3.12 Alamat Bank :     Taman Seri Gombak [cadangan]

3.13 No Akaun Bank :     [cadangan]

3.14 Nama Pemilik :


4.0 PROFAIL PEMILIK 

4.1 Nama Pemilik

4.2 Jawatan

4.3 Alamat

4.4 Telefon

4.5 E-mel

4.6 No. Kad Pengenalan

4.7 Tarikh Lahir

4.8 Bangsa

4.9 Agama

4.10 Taraf Perkahwinan

4.11 Kelulusan Akademik

4.12 Pengalaman Kerja

4.13 Kursus Dihadiri


5.0 SKOP PERNIAGAAN

5.1 Aktiviti Perniagaan

   5.1.1     Mempromosi, memasarkan serta menjual produk makanan berasaskan sejuk-beku dan makanan konfeksioneri sebagai jualan utama di premis perniagaan.
   5.1.2     Menyediakan tempahan untuk kawasan dalam lingkungan 25km meliputi kawasan perumahan, sekolah, universiti, kolej, pejabat / syarikat, café dan restoran serta kedai stesen minyak.

5.2 Produk / Perkhidmatan Yang Ditawarkan

   5.2.1     Kedai D'Zafran Enterprise ini menawarkan produk seperti berikut:
                  a) Pembuatan karipap.
                  b) Pembuatan samosa.
                  c) Pembuatan pizza (pelbagai perasa).
                  d) Pembuatan pastri / biskut dan kek.

  5.2.2     Manakala perkhidmatan adalah seperti:
                  a) Menerima tempahan untuk majlis keraian seperti majlis hari jadi dan tempahan kuih hari raya.
                  b) Menyediakan perkhidmatan pesanan dan penghantaran produk kepada pelanggan.
                  c) Menerima tempahan hamper dari syarikat dan individu.
                  d) Menerima tempahan dan pesanan daripada pejabat atau syarikat untuk jenis produk pastri ringan (bagi jamuan mesyuarat, forum kecil, perjumpaan minum petang dan sebagai).

5.3 Potensi Perniagaan
  5.3.1     Berdasarkan kepada analisis dan kajian pasaran yang dibuat, perniagaan ini mempunyai potensi yang cukup besar untuk dikembangkan khususnya di sekitar kawasan taman perumahan Taman Seri Gombak.

6.0 RANCANGAN PENGURUSAN 
6.1     Struktur Organisasi


6.2     Fungsi dan Tanggungjawab
   6.2.1     Pemilik / Pengurus
                  a) Mengawasi, mengawal dan mengurus perjalanan operasi dan kewangan syarikat dari semua aspek.
                  b) Mengawal pengeluaran keluar masuk bahan mentah.
                  c) Memastikan proses pembuatan produk mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
                  d) Bertindak sebagai penghantar bekalan sekiranya perlu.

  6.2.2     Bahagian Pemasaran
                  a)     Terdiri daripada pengurus dan pekerja sebagai kumpulan pemasaran.
                  b)     Merangka program-program promosi yang bakal dijalankan di lingkungan kawasan sasaran.
                  c)     Menjalankan tinjauan terhadap pasaran serta mendapatkan maklum balas pengguna terhadap kualiti produk.
                  d)     Mencari pasaran-pasaran dan produk baru yang berpotensi untuk diperkenalkan kepada pelanggan.
                  e)     Mewujudkan dan merangka satu sistem di mana pelanggan dan syarikat dapat menjalinkan suatu hubungan yang berkekalan.
  6.2.3 Bahagian Pembuatan
                  a)     Terdiri daripada pekerja sambil diseliakan oleh penyelia.
                  b)     Merupakan kumpulan yang menghasilkan dan memastikan pengeluaran kesemua produk adalah mengikut jadual yang ditetapkan.
                  c)     Memastikan kualiti produk sentiasa dalam kawalan dan berada pada tahap yang terbaik.
                  d)     Memastikan kesemua peralatan dan kelengkapan sentiasa diselenggara dengan baik dan selamat digunakan.
                  e)     Memastikan stok bahan mentah sentiasa mencukupi.
  6.2.4 Bahagian Jualan
                  a)     Memastikan susun atur barang-barang jualan dikedai sentiasa mencukupi dan memenuhi kehendak pelanggan apabila diminta.

6.3     Gaji dan Ganjaran

  6.3.1     Perniagaan D'Zafran Enterprise sentiasa memastikan hubungan yang baik antara pekerja dapat dikekalkan dengan menyediakan pakej gaji yang berpatutan. Gaji dan ganjaran kakitangan untuk tahun yang pertama adalah seperti di bawah:


6.4     Belanja dan Pengurusan
  6.4.1     Butir-butir yang terkandung di dalam perbelanjaan mengurus D'Zafran Enterprise adalah seperti berikut:

6.5     Strategi Pengurusan
  6.5.1     Pengurusan perniagaan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Pengurusan yang sistematik dan dinamik dapat memastikan syarikat kami sentiasa dapat mengekalkan dan memperbaiki prestasi ke arah yang lebih baik dan maju. Amalan dan strategi pengurusan yang dipraktikkan di sini meliputi:
                  a)     Mengamalkan budaya bekerja dalam berkumpulan atau berpasukan (teamwork) di kalangan para pekerja.
                  b)     Memberi peluang latihan yang berterusan kepada setiap pekerja meliputi aspek latihan pembuatan dan pengeluaran produk di samping latihan pengurusan dan pemasaran.
                  c)     Memastikan maklum balas daripada pelanggan dan pekerja turut diberi perhatian dengan mengadakan sesi khas dalam mesyuarat bulanan di mana perbincangan antara pihak pengurusan dan pekerja                           diadakan bagi mengatasi dan memperbaiki segala kelemahan.
                  d)     Membuat analisis prestasi syarikat pada setiap akhir tahun dan berusaha untuk mendapatkan taraf pensijilan ISO dan sebagainya.

7.0 RANCANGAN TEKNIKAL & PENGELUARAN 
7.1 Kemudahan Asas
  7.1.1     Premis perniagaan ini terletak di kawasan perumahan yang berkepadatan sederhana tinggi. Kemudahan infrastruktur yang sedia ada meliputi telekomunikasi, bekalan elektrik dan air telah lama lengkap. Kawasan ini dikatakan strategik terletak tidak jauh dari pusat bandaraya yang mana di sekitarnya terdapat beberapa pusat pengajian tinggi, kolej-kolej dan pejabat-pejabat awam dan swasta. Walaupun ruang kedai yang terhad ia masih dapat mempamerkan produk dengan baik dan memberikan keselesaan kepada pelanggan yang datang berkunjung.

7.2 Harta Tetap dan Peralatan yang Dimiliki
  7.2.1     Memandangkan perniagaan ini telah dijalankan secara kecil-kecilan oleh pemilik sejak setahun yang lalu, maka D'Zafran Enterprise telahpun memiliki beberapa peralatan asas yang dibeli secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan perniagaan pada masa ini. Aset tetap dan kelengkapan kedai yang telah dimiliki setakat ini adalah seperti berikut:


7.3 Harta Tetap Kelengkapan yang Diperlukan
  7.3.1     Sungguhpun D'Zafran Enterprise menjalankan operasinya mengeluarkan produk secara kecil-kecilan dengan beberapa peralatan dan kelengkapan asas yang sedia ada, namun pertambahan beberapa peralatan yang sesuai dan khusus amat diperlukan. Kelengkapan dimaksudkan seperti jadual di bawah:

7.4 Stok Bekalan Bahan Mentah
  7.4.1     Stok bekalan bahan-bahan akan dikawal kuantiti dari semasa ke semasa bagi mengelakkan kerosakan serta bagi mempastikan bahan-bahan tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan berkualiti agar menjamin penghasilan produk yang baik. Namun demikian, apabila pusat penyimpanan telah didirikan, bekalan bahan-bahan tidak menjadi masalah kerana dapat disimpan sendiri dan dapat menjimatkan kos perbelanjaan.

7.5 Senarai Pembekal Barang Niaga
  7.5.1     D'Zafran Enterprise telahpun mengenalpasti pembekal yang dapat membekalkan pelbagai kelengkapan serta bahan-bahan mentah membuat kek, roti dan pastri. Pembekal tersebut ialah:


7.6 Susun Atur Premis Niaga
  7.6.1     Butiran susun atur premis niaga seperti di Lampiran 1.

7.7 Carta Aliran Proses Kerja (Bakeri)
  7.7.1     Proses pembuatan menghasilkan makanan konfeksioneri (bakeri) dipaparkan seperti di Lampiran 2.

7.8 Anggaran Belian Untuk Tiga Tahun
  7.8.1     Anggaran yang disediakan di bawah anggaran belian bahan mentah yang meliputi bahan mentah yang biasa digunakan dalam pembuatan makanan sejuk-beku juga konfeksioneri. Dianggarkan penambahan peruntukan perbelanjaan untuk pembuatan naik sebanyak 5% (LIMA PERATUS) setahun berlaku sama ada disebabkan oleh faktor penambahan saiz pasaran atau kenaikan harga bahan mentah. Ini ditunjukkan di dalam senarai seperti di bawah:


7.9 Strategi Pengeluaran
  7.9.1     Di antara strategi perkhidmatan yang diaturkan oleh pihak syarikat adalah seperti:
                  a)     Penyediakan perkhidmatan menerima tempahan dan membuat penghantaran terus kepada pelanggan.
                  b)     Menguruskan majlis keraian / harijadi untuk 50 orang.
                  c)     Menyediakan perkhidmatan membuat hamper kepada individu dan syarikat.
                  d)     Menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk pejabat perniagaan untuk minum petang, forum dan sebagainya.
                  e)     Mewujudkan perkhidmatan tempahan melalui internet.
                  f)     Memberikan perkhidmatan yang cekap, pantas dan efisyen dan sentiasa mempertingkatkan lagi merujuk kepada maklum balas pelanggan.

  7.10 Anggaran Kos Pengeluaran dan Keuntungan Kasar
                  7.10.1 Butiran anggaran kos pengeluaran dan keuntungan kasar seperti di bawah:

8.0 PEMASARAN 

8.1     Perkhidmatan Dan Harga Yang Ditawarkan
  8.1.1     Syarikat menyediakan pelbagai jenis produk makanan sejuk-beku dan konfeksioneri. Senarai produk disenaraikan seperti di bawah:

8.2 Kumpulan Sasaran
  8.2.1     Kumpulan sasaran yang dikenalpasti sebagai sebahagian daripada pelanggan meliputi:
                  a)     Penduduk-penduduk bermastautin di sekitar kawasan perumahan Taman Seri Gombak.
                  b)     Kumpulan pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi.
                  c)     Kumpulan pekerja-pekerja dari sektor awam dan swasta di sekitarnya.
                  d)     Kumpulan pelajar-pelajar daripada sekolah rendah dan sekolah menengah di sekitarnya.
                  e)     Pelanggan restoran.
                  f)     Pelanggan stesen minyak.
                  g)     Pengedar perseorangan.
                  h)     Internet (Laman Web).

8.3 Kawasan Pasaran
  8.3.1     Kawasan pasaran yang dikenalpasti berpotensi untuk dipasarkan meliputi kawasan berkeluasan 25 (DUA PULUH LIMA) kilometer persegi atau dalam radius 5 (LIMA) kilometer. Kawasan yang dikenalpasti secara tempatan meliputi:
                  a)     Kawasan di sekitar premis perniagaan dan kawasan perumahan sekitar Taman Seri Gombak.
                  b)     Kawasan kantin dan di Kolej Kediaman Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
                  c)     Kawasan Kantin Tabika, Sekolah Rendah dan Menengah di sekitar.
                  d)     Kawasan Pejabat Kerajaan dan Swasta (Telekom, Pos Malaysia dan sebagainya).
                  e)     Kawasan restoran dan di sekitarnya.
                  f)     Stesen minyak yang berhampiran.
                  g)     Masjid dan surau di sekitar.

8.4 Pesaing
  8.4.1     Di kawasan perumahan Taman Seri Gombak ini sendiri telah terdapat beberapa pengusaha kecil-kecilan yang turut mengusahakan produk yang sama, dan difahamkan mereka juga baru memulakan perniagaan masing-masing secara persendirian. Namun begitu, ianya adalah merupakan pesaing kepada D'Zafran Enterprise dalam perniagaan ini. Di antara pesaing tersebut ialah:


8.5 Saiz Pasaran
  8.5.1     Berdasarkan analisis yang dibuat merujuk kepada jumlah keseluruhan kumpulan sasaran, dianggarkan daripada 10 (SEPULUH) orang pelanggan, 2 (DUA) orang atau dengan kata lain 20% (DUA PULUH PERATUS) daripada jumlah keseluruhan adalah merupakan pelanggan berpotensi (rujuk 8.6). Formula andaian saiz pasaran adalah seperti berikut di bawah:

Saiz Pasaran = Angka berpotensi(%) X Bilangan penduduk
Maka saiz pasarannya ialah;
j pasaran = 20% X 68,300 = 13,660 u

8.6 Kuasa Beli Pelanggan
  8.6.1     Daripada data-data yang diperolehi melalui tinjauan ke beberapa premis perniagaan, pejabat, sekolah dan juga rumah kediaman di mana terdapat kira-kira 68,300 (ENAM PULUH LAPAN RIBU dan TIGA RATUS) orang penduduk di kawasan perumahan Seksyen 6 Taman Seri Gombak dan sekitarnya. Sejumlah 20% (DUA PULUH PERATUS) angka tersebut adalah merupakan saiz bagi kuasa membeli yang berjumlah 13,660 (TIGABELAS RIBU ENAM RATUS dan ENAM PULUH) u. Ini akan menghasilkan pendapatan dengan jangkaan sebanyak RM124,400.00 (Rgt SATU RATUS DUA PULUH EMPAT RIBU dan EMPAT RATUS) sebulan. Butir-butir kuasa membeli disenaraikan seperti di bawah:


8.7 Syer Pasaran
  8.7.1     Berdasarkan kepada analisis pesaing (rujuk 8.4), didapati peratusnya adalah rendah untuk lingkungan kawasan sasaran pasaran ini. Namun faktor lain perlu diambil kira seperti lokasi perniagaan yang juga mempunyai lingkungan kepadatan dan juga pesaing oleh pengusaha daripada luar kawasan mahupun pengusaha kecil-kecilan daripada rumah dan sebagainya. Oleh itu sasaran syer pasaran dianggarkan sekitar 20% (DUA PULUH PERATUS).

8.8 Anggaran Jualan
  8.8.1     Bagi memperoleh angka anggaran jualan sebulan, kita merujuk kepada formula:
j anggaran = Syer pasaran(%) X Kuasa beli
Maka itu menjadikan; 20% X RM124,400.00 = RM24,880.00 sebagai anggaran jualan sebulan.

8.9 Strategi Pemasaran
  8.9.1     Promosi

               Di antara strategi promosi yang dilakukan oleh D'Zafran Enterprise bagi memperkenalkan perniagaan kepada pasaran adalah:
                  a)     Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan dengan mencipta sistem keahlian untuk pelanggan tetap dan sebagainya.
                  b)     Memberikan profil perniagaan kepada bakal–bakal pelanggan besar seperti syarikat-syarikat untuk mendapatkan kontrak membekal secara berkekalan.
                  c)     Mengedarkan pamplet dan brosur secara berkala pada kawasan-kawasan strategik yang menjadi laluan sibuk orang ramai seperti stesen LRT, bas dan sebagainya.
                  d)     Memasang banner dan bunting sebagai salah satu langkah mempromosi pelancaran / pembukaan kiosk.
                  e)     Mengagihkan kad perniagaan kepada bakal pelanggan yang berpotensi.
                  f)     Menyediakan uniform yang seragam dan kemas kepaada para pekerja sebagai mencipta imej korporat pada premis agar menjadi tanda niaga yang baik kepada pelanggan.

8.9.2 Lokasi
Lokasi premis terletak di kawasan yang mudah dilihat iaitu berhadapan jalan besar Taman Seri Gombak, berdekatan dengan pasaraya, bank, sekolah, pejabat swasta dan sebagainya. Aktiviti perniagaan yang lain yang terdapat di sekitarnya menjadikan kawasan ini sebagai tumpuan pelanggan dan menjadikannya lokasi yang strategik.
8.9.3 Harga
Penetapan harga yang diletakkan ke atas produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah berpatutan, kompetitif dan ia berkonsepkan ‘price-follower’ atau harga pasaran iaitu mengikut kadar pasaran seperti yang ditetapkan pesaing-pesaing lain.
8.9.4 Produk
Produk yang ditawarkan kepada para pelanggan adalah berkualiti dan setara dengan harganya. Perniagaan juga
sentiasa mengikuti perubahan semasa ekonomi dan kehendak pasaran supaya perkhidmatannya sentiasa kekal kompetitif dan diterima pelanggan.

9.0 ASPEK KEWANGAN 

9.1 Kos Pelaburan Perniagaan
   9.1.1     Berdasarkan perancangan untuk menjalankan perniagaan ini, D'Zafran Enterprise telah menganggarkan kos pelaburan bagi menjana perniagaan seperti berikut:


  Sumber kewangan yang diperlukan akan diperolehi daripada pembiayaan sendiri adalah sebanyak RM50,000.00, manakala bakinya iaitu pembiayaan RM30,000.00 lagi akan diperolehi dari pihak MARA.

9.2 Anggaran Aliran Wang Tunai dan Penyata Kewangan
  9.2.1 Penyata Aliran Tunai Sebelum Pembiayaan
Butir transaksi lazim yang dilaksana sebelum pembiayaan perniagaan terkandung di dalam Penyata Aliran Tunai (berakhir 31/12/2007) dimaksudkan seperti di Lampiran 3.
  9.2.2 Penyata Aliran Tunai Selepas Pembiayaan
Manakala selepas pembiayaan perniagaan, transaksi lazim selepas pembiayaan terkandung di Penyata Aliran Tunai (berakhir 31/12/2007) dimaksudkan seperti di Lampiran 4.
  9.2.3 Penyata Kos Pengeluaran
Seperti diamalkan oleh mana-mana syarikat perniagaan, lazimnya setiap hujung tahun satu langkah menutup akaun perniagaan perlu dilakukan bertujuan memeriksa aliran akaun di samping dapat mengetahui keseluruhan kos pengeluaran yang telah dilaksana. Justeru, disenaraikan penyata kos pengeluaran berakhir pada 31 Disember 2007 seperti di Lampiran 5.
  9.2.4 Penyata Untung Rugi
Sepertimana yang lazim diamalkan, penyata untung rugi akaun syarikat berakhir pada 31 Disember 2007 adalah seperti di Lampiran 6.
  9.2.5 Penyata Kunci Kira-Kira
Penglibatan D'Zafran Enterprise dalam perniagaan ini dapat diukur melalui penyata kunci kira-kira yang berakhir pada 31 Disember 2007 sepertimana disenaraikan di Lampiran 7.

10.0 JUSTIFIKASI dan PENUTUP 

10.1 Berdasarkan     kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah dibentangkan, D'Zafran Enterprise amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan memberikan pulangan yang lumayan. Unjuran dan anggaran yang dibuat untuk tahun pertama operasi selepas pembiayaan agak konservatif kerana mengambil kira faktor perniagaan yang masih di peringkat awal di mana promosi dan pemasaran baru dilancarkan.
10.2 Kajian     dan perancangan yang sistematik telah dirangka bagi membolehkan perniagaan ini berjalan dengan lancar dan seterusnya dapat mencapai sasaran keuntungan yang telah dirangka. Oleh itu syarikat D'Zafran Enterprise amat optimis dengan perniagaan ini dan yakin ia berdaya maju dan mampu berkembang di masa hadapan.
10.3 Oleh     itu, pemilik amat berharap permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak MARA dengan itu melalui pembiayaan ini perniagaan dapat beroperasi dengan lebih efisyen dan mampu berkembang dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi Negara.